Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

Bagi penduduk di kawasan Bandar Muar, Medan Ikan Bakar Sabak Awor semestinya menjadi tempat pilihan utama keluarga kalau mahukan resepi Ikan Bakar dan Makanan Laut yang segar, sedap dan murah. Kawasan Medan Ikan Bakar Sabak Awor ini terletak betul-betul di pinggir Sungai Muar dan menyajikan pelbagai makanan laut.

 

Jika anda berada di Muar, ambil kesempatan untuk singgah makan malam di Medan Ikan Bakar Sabak Awor kerana di sini anda boleh memilih pelbagai jenis menu masakan laut atau menu ikan bakar. Anda boleh pilih Udang, Ketam, Sotong, Ikan Kerapu, Siakap, Lokam dan pelbagai lagi menu masakan laut yang lain.

 

Harga jangan risau, memang murah dan sememangnya berbaloi. Cuba lihat apa yang MrJocko makan, Ikan Siakap Stim, Udang Goreng Butter, Sayur Kailan, Kerang Rebus dan juga Telor Dadar, berserta air kami anak beranak, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, hanya berharga RM30 sahaja. Murah kan???

 

 

 

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

 

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

 

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

 

 

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

 

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar Murah Dan Sedap

 

 

 

Rasa memang sedap. Di Medan Ikan Bakar Sabak Awor ini ada lebih dari 10 restoran yang bersedia untuk menyajikan masakan pilihan anda. Jangan risau, pilih sahaja restoran mana yang anda mahu.

 

 

Kalau nak ke Sabak Awor, mudah sahaja. Kalau anda dari Tangkak, atau Melaka ikut lebuhraya PLUS, selepas melalui jambatan Bandar Muar, terus ambil susur kiri dan teruskan perjalanana. Ikut peta ke Sabak Awor yang MrJocko sediakan ini. Medan Ikan Bakar Sabak Awor hanya sekitar 5 Kilometer daripada bandar Muar.

 

Selamat menjamu selera yer…

 

Peta Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Di Muar

 

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.