Menu Popular Bazaar Ramadhan Jalan Kuching 2022
|Saban tahun, saya pilih lokasi ini sebagai tempat membeli juadah berbuka puasa, hampir setiap hari. Kekangan waktu kerja dan beberapa asbab lain, kami memang lebih selesa membeli menu makanan berbuka di Bazaar Ramadhan. Kali ini, kami sendiri nak kongsi beberapa Menu Popular Bazaar Ramadhan Jalan Kuching Tahun 2022, kebiasaannya menjadi pilihan ramai pengunjung di tempat popular ini.
Selain dari lokasi Bazaar Ramadhan yang dekat dengan jalan utama, lokasi ini popular kerana ia mempunyai gerai makanan yang banyak, pelbagai juadah makanan yang sedap serta harga yang sangat berpatutan saban tahun.
Baca : Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan Tahun 2022
Menu Popular Bazaar Ramadhan Jalan Kuching Tahun 2022
Seperti kebanyakkan Bazaar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur, ia mula dibuka seawal jam 4.00 petang dan masih mengikuti beberapa SOP wajib yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL dan berwajib. Sepanjang laluan gerai ini, ada sekitar 100 gerai berada di sini dengan pilihan pelbagai menu yang sangat popular pada bulan puasa.
Kalau kami, antara menu yang kami cari di Bazaar Ramadhan di sini ialah menu Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Ikan Bakar, Roti John, Ayam Golek, Kuih Muih, Air Buah dan juga beberapa menu sampingan seperti sate, mee goreng dan juga bomboloni.
Ada juga beberapa menu lain agak unik dan tak pernah kami jumpa. Antaranya ialah Tongmo Bakar, pertama kali dengar kan?. Pertama kali, kami lihat menu ini dijual kat sini. Mungkin ia pernah dijual sebelum ini, tetapi, tahun ini, baru kami perasan. Nampak macam hotdog, tetapi isi dia lain. Tak pernah cuba, teringin nak cuba, tetapi belum rasa terliur lagi.
Kalau nak cerita pasal menu popular di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching dari segi pemerhatian kami termasuk, Nasi Kandar Saddam, Murtabak King, Kuih Muih, Roti John Leleh, Ikan Bakar dan beberapa menu lain. Biasanya ramai yang beratur di sini seawal ia dibuka hingga ke waktu hampir berbuka atau sehingga ia habis.
Untuk anda yang nak ke sini, waktu paling selesa ialah sebelum jam 4.30pm. Kebiasannya, kalau selepas jam 4.30pm, gerai-gerai di sini akan sesak dengan pengunjung. Jika anda lupa, kami nak ingatkan bahawa, Covid-19 masih lagi ada diluar sana dan pengawalan kendiri diri sendiri masih lagi perlu anda titikberatkan supaya kita terhindar dari segala wabak bahaya ini.