Menu Rahmah Di Bubblebee Shuib Cuma RM5 Sahaja
|Sesuat yang boleh kita hargai usaha ramai pengusaha kedai makan dan retoran yang mana semakin ramai kini memperkenalkan menu Rahmah kepada rakyat. Ia adalah sebagai satu usaha menyokong saranan kerajaan dalam memberikan menu makanan dan minuman paling murah kepada semua rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Terkini, ada beberapa Menu Rahmah Di Bubblebee Shuib Cuma RM5 Sahaja. Ya! Anda bukan salah baca, ia memang harga RM5 setiap satu di outlet Bubblebee Malaysia.
Bermula 18 Februari 2023 hingga 18 Mac 2023, hampir semua outlet Bubblebee Malaysia yang dipunyai oleh pelawak terkenal Malaysia, Shuib Sepahtu kini melancarkan promosi air minuman ikonik mereka dengan hanya berharga RM5 sahaja. Menu Rahmah di Bubblebee ini diperkenalkan secara berperingkat dihampir kesemua cawangan Bubblebee di Malaysia dan boleh didapati diwaktu operasi mereka setiap hari sehingga 18 Mac 2023 nanti.
Baca : Air Minuman Yang Paling Sedap
Menu Rahmah Di Bubblebee Shuib Cuma RM5 Sahaja
Ada lima menu diperkenalkan untuk menu Rahmah Bubblebee Malaysia. Antara menu yang boleh anda cuba termasuk menu Friz B Strawberry, Friz B Manggo, Honey Ice Cream, Black Series Ice Cream dan Honey Milk with Black Pearl. Fuh! semua menu ni memang nampak sedap dan menggiurkan.
Malam ni nak tengok lokasi cawangan Bubblebee dekat ngan rumah kitaorang. Esok nak serbu. Nanti boleh la singgah cuba menu-menu best di Bubblebee Malaysia. Mungkin ini peluang kami rakyat biasa nak try menu sedap dengan harga yang murah di Bubblebee.
Terima kasih Shuib Sepahtu
Nota Kaki :
Bubblebee “Semanis Senyuman Anda” Kami di Bubblebee menyediakan minuman bobba dan pencuci mulut berasaskan produk segar dan 100% menggunakan madu asli. Terbaik dari yang terbaik kami sampaikan untuk anda semua. “Sweet as your smile” Selamat Mencuba.