Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Restoran Adam Lai Seksyen 15 Shah Alam

Salah satu restoran masakan halal Cina Muslim yang semakin terkenal di Shah Alam ialah Restoran Adam Lai, yang terletak di Seksyen 15 di Perusahaan Otomobil. Restoran masakan cina muslim ini berkonsepkan warna merah dan menyajikan masakan Halal menurut citarasa keturunan cina Muslim.

 

Kalau anda seorang penggemar masakan citarasa Cina Muslim, ini antara tempat yang boleh anda kunjungi. Masakan panas yang memang punyai citarasa asli dan sememangnya sedap. Ada banyak menu pilihan di Restoran Adam Lai ini. Sebut sahaja, boleh katakan semua ada.

 

 

Restoran Adam Lai Seksyen 15

Restoran Adam Lai

Restoran Adam Lai

Restoran Adam Lai

Restoran Adam Lai

Anda boleh pilih samada mahu makan masakan Nasi Goreng yang berbagai jenis, senarai masakan Mee dan Meehun yang pelbagai rasa, juga pilihan sup yang beraneka jenis.

Kalau nak rasa sesuatu baru, apa kata order Sup Shark Fin yang memang sedap. Ia sup shark fin yang di campur dengan kuah pekat dan juga campuran telur yang membuatkan sup ini memang berbaloi untuk anda cuba.

 

Jika mahu, anda boleh pilih ikan laut dan air tawar segar di akuarium yang disediakan. Atau apa kata cuba masakan istimewa Lobster di sini. Mesti puas hati 🙂 Yum Yum,,, nampak sedap sungguh menu Lobster. Harap lepas ni dapat singgah makan Lobster di Restoran Adam Lai Shah Alam ni.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.