• Wed. Oct 4th, 2023

Menu Terbaru Kangkung Edisi Masterchef

ByMrJocko

Jan 13, 2014 #Lawak, #Sajer-sajer
IMG-20140113-WA0017-718634

Bersempena dengan penurunan harga Kangkung di pasaran, ramai chef-chef ternama mengambil inisiatif mencipta menu terbaru yang sedap dan terbaik untuk penggemar masakan atau pun ‘food lover’. Menu kangkung ini nampaknya akan memberi kelebihan kerana ia satu menu sihat dan bagus untuk kesihatan kita.

Chef utama di McDonalds Malaysia mengambil langkah paling awal mencipta menu McBurger yang dinamakan sebagai McKangkung. Menu sihat ini datang dengan kombo set dan akan dijual mulai esok.

 

 

Restoran pasta yang terkemuka di Midvalley pula memperkenalkan menu western eastern mereka dengan mencipta menu KangkungBall Tomato. Menu khas ini hanya untuk bulan Januari 2014 sahaja dan ia hanya dijual untuk tempoh terhad.

 

 

Di Ulu Kuala Krai juga tidak mahu ketinggalan dengan menu kangkung mereka. Terkini sudah ramai mencuba menu Kangkung Cicah Kopi O untuk menu minum petang dan juga sarapan pagi bermula hari ini.

 

 

Anda pula bagaimana? Apakah menu Kangkung kegemaran anda bersempena dengan penurunan harga kangkung minggu ini? Kongsikan menu kangkung pilihan anda.

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.