Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Tony Romas Malaysia Yang Sedap Siapa Kata Harga Mahal?

Tony Roma’s Malaysia adalah antara restoran makanan eksklusif yang menyediakan menu masakan western dan kini mempunyai tambahan menu masakan seafood sesuai dengan citarasa Malaysia. Mungkin ramai yang berpendapat, menu Tony Romas Malaysia  menyediakan menu-menu yang mahal kerana hidangan berkualiti mereka antara menu tulang rusuk terbaik di Malaysia.

Anda mungkin perlu mencuba untuk singgah makan di mana-mana restoran Tony Roma’s Malaysia untuk mengalami sendiri pengalaman menikmati Menu Tony Roma’s Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, menu Tony Timeout setiap hari yang menawarkan cuma RM9.90 untuk setiap menu terbaik di Tony Roma’s Malaysia.

Menu Tony Romas Malaysia

 

Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?

Untuk promosi seperti Crave The Kick di Tony Roma’s Malaysia ini, ada 3 set menu utama yang anda boleh cuba dengan harga yang sangat berpatutan. Anda boleh memilih samada mencuba menu Chipotle Caesar SaladSalmon & Chipotle Garlic Shrimp atau Filet Medallions & Smoky Apple Beef Ribs Combo bermula 16 Februari – 29 Mac 2015 nanti.

Menu Tony Romas Malaysia

Tidak lupa juga di Tony Roma’s Malaysia, mereka juga menyediakan menu Set Lunch setiap hari dengan hanya RM16.90 dan diberikan pilihan samada untuk mendapatkan Semangkuk Sup atau Minuman Ringan boleh refill.

Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?

 

Menu Tony Roma’s Malaysia

Minggu lepas, MrJocko sempat singgah di Tony Roma’s e@curve Mutiara Damansara dan mencuba beberapa menu sempena promosi ‘Crave The Kick‘. Kali ini MrJocko mencuba Pina Manggo Swirl, minuman buahan mangga yang dikisar bersama buah nenas yang sangat sedap.  Tak lupa, sebelum balik, MrJocko mencuba Latte dan ia pelengkap kepada lunch hari itu.

tony_romas_malaysia_menu_promo
Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?

 

Menu Tony Roma’s Malaysia yang pertama kali MrJocko cuba termasuk Kickin Shrimp yang sangat sedap, Filet Medallions & Smokey Apple Beef Ribs Combo, Salmon & Chipotle Garlic Shrimp untuk main course dan juga Chocolate Avalanche untuk deserts. Memang portion yang dihidangkan agak besar, jadi, satu hidangan sebenarnya MrJocko kongsi dengan kawan kerana ia sangat banyak dan tidak habis untuk seorang sahaja. Begini la cara makan di Tony Roma’s. 

Tips untuk makan di Tony Roma’s Malaysia, jangan malu, jangan segan, anda boleh mintak plate extra untuk berkongsi hidangan yang disediakan. Lihat sahaja contoh Filet Medallions & Smokey Apple Beef Ribs Combo ini, agak besar dan memang sesuai untuk dikongsi. Dalam masa yang sama, anda boleh mencuba menu lain di Tony Roma’s seperti Mojo Chicken ataupun Shrimp Scampi Pasta.

 

Menu Tony Romas Malaysia
Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?
Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?
Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?

Sejarah menu di Tony Roma’s bermula pada tahun 1972 di utara Miami apabila pengasasnya, Tony membuka restoran pertamanya di sini.

Pada satu hujung minggu, Tony melemparkan beberapa ketulan Tulang Rusuk muda di pemanggang dan kemudiannya beliau menemui resipi daging grill yang sedap. Yang pertama “Tony Roma” telah dibuka di North Miami, Florida pada 20 Januari, 1972. Restoran ini menampilkan hiasan kasual, suasana yang selesa dan rasa bar kejiranan. Dianggap pelopor Tulang Rusuk muda, menu Tony Roma ini kini boleh didapati di seluruh dunia. Dengan hampir 200 restoran di 33 buah negara.

Tony Roma adalah rangkaian restoran kasual terbesar yang mengkhususkan diri dalam tulang rusuk di dunia. Kini Tony Roma menyediakan banyak menu bari termasuk Crisp, salad segar, stik enak yang dipanggang, makanan laut dan pelbagai citarasa minuman terbaik. 

Misi Syarikat adalah “Great Food delivered by Professional, Friendly Team Members resulting in Guest loyalty…Worldwide.”

 Menu Tony Roma’s Malaysia

Tony Roma's Malaysia : Siapa Kata Menu Mahal?
Menu Tony Romas Malaysia

Bagi anda yang ingin mencuba menu Tulang Rusuk muda panggang terbaik, boleh ke cawangan Restoran Tony Roma’s Malaysia di Sunway Pyramid, e@curve, Pavilion KL, The Garden KL dan Setia City Mall. Ada banyak menu menarik menanti anda di Tony Roma’s Malaysia. Menu Tony Romas Malaysia siapa kata mahal?

Layari Fanpage Facebook Tony Roma’s atau laman web rasmi Tony Roma’s Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini serta pilihan menu yang best setiap hari dan setiap masa bersama Tony Roma’s.

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.