Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menunggu Keputusan Kelantan vs Arbil Piala AFC 25 Sept 2012

Rakyat Kelantan dan peminat pasukan bolasepak khususnya yang menyokong The Red Warriors menantikan keputusan perlawanan Suku Akhir Kedua Piala AFC pada malam ini. Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV ini akan di siarkan secara langsung di kaca TV1 bermula seawal jam 8.45 malam.
Nampaknya malam ini, Scoreboard baru di Stadium Sultan Muhammad IV juga akan digunakan buat kali pertama menggantikan scoreboard yang lama.
Cuba perhatikan gambar scoreboard di bawah, Kelantan 4 – 0 Arbil. Itulah keputusan yang diperlukan untuk membawa pasukan Kelantan ke Separuh Akhir Piala AFC nanti setelah perlawanan sebelum ini menyaksikan Kelantan kalah kepada Arbil dengan jaringan Arbil 5 – 1 Kelantan.
Malam ni, jom sama-sama sokong pasukan Kelantan dan diharap dengan kehadiran Shahrul Idlan Talaha, Indraputra dan pemain lain akan memberikan kemenangan kepada pasukan Kelantan di stadium keramat ini. Gomo Kelate Gomo.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.