Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

menyusuri Brisbane dgn CITY CAT Cruise

Dah sampai Brisbane tak sah kalau tak singgah dan melalui pengalaman naik mini cruise yg di beri nama City Cat.

Dr Guyatt Park, dekat dgn rumah Zaini, aku ambil tiket return $7.00 yg akan membawak aku menyusuri kiri kanan, depan dan belakang bandaraya Brisbane. Ini kemestian kata Zaini.

Sayang masa tu, aku lewat sikit ambik cruise. Patut aku naik kul 5.00pm dan akan sampai di hentian last hujung sebelah sana Appollo Ferry, jam 6.00pm, selama 1 jam. Kemudian, patah balik trus ke Guyatt Park utk tempoh sejam lagi, dan sampai di terminal akhir kat UQ Lake jam 7.00pm lebih kurang.

Rasionalnya kerana, masa pegi ke jetty terakhir hujung sana, Apollo Ferry, aku dpt lihat scenery siang dan kembali ke UQ Lake, dpt saksikan scenery malam. Best bukan? 2 dalam 1. Tambahan pulak, perjalanan selama sejam dlm City Cat, memang best.

Tapi oleh kerana ada hal, aku lewat naik cruise jam 6.00pm. Pasal tu tak sempat tgk scenery siang dgn sepenuhnya. Sampai separuh jalan, semua dah macam nak malam. Tak per, at least blum total gelap. Masih bleh la rasa feel siang atas cruise City Cat tu…

Perjalan selesa, ada seat di dalam cruise dan di luar cruise. Nak berdiri pun boleh. Cam aku, 2 jam berdiri depan cruise tak terasa pun penat. Leka tgk kiri kanan.

Ruang hadapan yg selesa, ada toilet dan jugak perjalanan yg teratur dari satu jetty ke jetty seterusnya. Paling teruja, aku tgk, City Cat ni dah jadik cam transport utama golongan korporat yg keja kat area Riverside tetapi tinggal area University of Queensland dan kawansan sekitar. Cam Mamat dan Minah Executive yg naik LRT dan Monorail nak pegi keja tiap2 hari.

nuffnang_bid = “7daffbbf82619fe523c23a8655fd2ee8”;


For sure, aku memang nak ke sana lagi. tak puas… 🙂

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.