Menyusuri Sungai Johor Dengan River Cruise
|Pertama kali sampai di Jeti Tun Sri Lanang di bandar Kota Tinggi salah satu lokasi bersejarah di Johor. Kali ini, MrJocko berpeluang untuk menyusuri Sungai Johor dengan river cruise. Rupanya di sini, ada banyak sejarah Johor yang perlu kami belajar dan ketahui, termasuk sejarah Laksamana Bentan dengan Isterinya Dang Anum. Di sini juga kisah cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang, menjadi pengajaran kepada semua.
Di Kota Tinggi, masih boleh dilihat di sekitar ada beberapa kompleks makam (kubur) yang menjadi sejarah cerita disebalik peristiwa bersejarah, kisah dari Seulas Nangka yang memang disebut-sebut sejak dulu. Ya, paling terkenal, kisah Laksamana Bentan membunuh Sultan Mahmud angkara dendam.
Johor Media Race 2016
Dua buah bot kami guna untuk memuatkan 5 kumpulan sempena Johor Media Race 2016. Boleh katakan semua kami tidak pernah merasai pengalaman menyusuri Sungai Johor dengan River Cruise sebelum ini. Ini pertama kali dan ia memang membuka mata kami semua betapa Sungai Johor juga punyai potensi untuk diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan ekologi yang hebat.
Kota Tinggi sendiri punyai banyak sejarah. Ditambah dengan beberapa lagi destinasi sejarah negeri Johor, kalau kena cara, sudah pasti lokasi ini akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Bot disini memang ada yang dikhaskan untuk disewakan kepada pelancong. Ia boleh memuatkan lebih kurang 20 orang bagi satu bot dan lengkap dengan jaket keselamatan. Ia memang pilihan terbaik untuk anda menyusuri Sungai Johor, bermula dari Jeti Tun Sri Lanang Kota Tinggi ini sehingga ke Jeti Kuala Sengat untuk melihat keindahan flora dan fauna disepanjang sungai ini.
Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam ini tak akan membuatkan anda bosan kerana dikiri dan kanan ada pelbagai tarikan untuk mereka yang sukakan pemandangan. Tambah lagi, bila sudah sampai di kuala sungai di Kuala Sengat, anda dapat melihat rumah air yang dibina untuk nelayan yang menternak ikan dan makanan laut lain di Sungai Johor.
Kalau anda suka memancing, lokasi Sungai Johor juga amat sesuai untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan. Air sungai yang dalam serta dipenuhi dengan banyak sumber hidupan laut sememangnya menjadi tumpuan kaki pancing dan nelayan sungai.
Habis menyusuri Sungai Johor, anda boleh singgah di Jeti dan makan makanan tradisi di sini. Paling terkenal, menu Belangkas yang sangat terkenal dan sedap. Berbaloi dan sudah pasti harga yang berpatutan.
Boleh dapat kan contact number person incharge untuk program menyusuri sungai johor
Boleh contact terus Tourism Johor… Lebih mudah. Contact En Nizam