Merah Atau Hitam, BMW Tetap Menawan
|Masa tengah kursus di Petaling Jaya, sempat la singgah di Quil Motor BMW Petaling Jaya. Kat sini, ada banyak koleksi terbaru kereta-kereta BMW dan sememangnya syurga peminat kereta mewah BMW.
Dalam banyak-banyak kereta BMW kat situ, mata MrJocko tertarik dengan model BMW 320d ini. Warna luar Putih, tetapi punya design tempat duduk kulit berwarna merah, cantik nya…
Model terbaru BMW 320d ini antara model pilihan pelanggan setakat ni kerana ia antara model BMW yang murah dan cantik. Ada ditambah dengan teknologi baru termasuk Voice Navigation. Hebat tu, sebut saja Navigation, sistem navigasi keluar beroperasi.
Harga model BMW 320d ini tak mahal, cuma sekitar harga RM279,000 sahaja.
2 Comments
tak mahal tu…boleh beli rumah sebiji
ekekeke,,, bagi orang kaya tak mahal, tapi bagi kita, buleh beli sebijik rumah teres satu tingkat…