Site icon Travel Blogger Malaysia

merayap di Dongdaemun Market, Seoul

Dongdaemun0011

 

Petang selepas tour group, kami turun jalan jalan sekitar DongDaemun. Kawasan Dongdaemun ni memang besar. Ada banyak bahagian, dari pakaian, kasut, alatan sukan, electrical, gifts dan macam-macam lagi.

 

Cara terbaik nak jelajah semua tempat, jalan kaki. 

 

Dari hotel kami Coop Residence tak la jauh. 100 meter jer pun, terus ke kawasan DongDaemun. Nak kenal Dongdaemun, korang boleh lihat bangunan Doota, besar dan tersergam indah. Shopping Mall ni terkenal kerana kata pelancong lain, harga kat sini murah berbanding shopping mall lain.

 
 

 

 

 

Selepas masuk dan keluar dari Doota, kamu pusing sekitar. Masa tu jam dah menunjukkan kul 11.00 malam, dan orang-orang kat area sini masih lagi ramai. Sejuk kat luar ni memang aku tak tahan. Rasanya sekitar 5 darjah celcius.

 

Pun gitu, nak jalan-jalan punya pasal, alang-alang dah sampai Korea Selatan ni, kami redah jer la. Jalan sikit-sikit, pastu stop tahan sejuk. Jalan lagi, stop, sampai la kami pusing satu Dongdaemun tu.

 

 

 

 

 

 

 

Di satu kawasan tu, nama jalan apa ntah, pun ada Night Market seperti Uptown. Masa tu aku tengok jam baru kul 12.00 tengah malam dan peniaga kat situ baru nak keluarkan barang untuk meniaga. Fuh!!! Camana nak diorang boleh survive. Sejuk tu time kul 12.00 tengah malam. Kalau aku, dah nak masuk tahap beku. Tapi pasal diorang dah biasa, nampak steady jer…

 

Jenis barang-barang yang dijual hampir sama yang di jual di Uptown seperti kasut, t-shirt, caps, dan macam-macam lagi.

 

 

 

Keesokkannya, kami jalan lagi sekitar Doongdaemun. Nak abiskan waktu seharian kerana malam, kami dah nak balik Kuala Lumpur. Kami pusing dan jumpa ada banyak juga pasar pagi. Tapi ni lebih kepada gerai-gerai jual pakaian dan gifts di kaki jalan. 

 

Walaupun meniaga di kaki jalan, kedudukan teratur dan memang satu lagi yang best, langsung tak da sampah…

 

 

 

 

Lepas merayap di Dongdaemun Market pagi tu, kami singgah makan. Menu kami makan Vegetarian dan Udang jer la. 

Exit mobile version