Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Merdeka & Salam Ramadhan

Drpd 3 hari lepas & dr tingkap ofis aku, jelas aku tgk mereka2 yg bersemangat sdg training & prektis utk sambutan Kemerdekaan yg ke 51, pada hari Ahad ni, 31 Ogos 2008. Tak kira la renyai, ujan, panas, masing2 aku tgk masing2 komited utk persembahan yg tlah di tugaskan. Aku tak join, pasal aku ni lemah semangat. Tak leh kena panas, cepat penat, mengah, dan macam2 lagi (alasan je ni). Lagipun aku ni kan jenis yg dah ‘”tinted”, kalau selalu kena panas, trus terbakar cam punggung kuali. Hehehe…
Utk member2 aku yg join perarakan dan join persembahan, Syabas. Keep it up! Kontrol macho korang, nanti nak masuk TV, satu Dunia bleh tgk muka korang. Cuma korang jaga2 kontrol pernafasan, kang tetiba pengsan time persembahan, satu dunia gak tau. Kih kih kih. Aper pun, Good Luck for this coming Merdeka 2008.
Untuk Muslimin dan Muslimat, Salam Ramadhan 1429 Hijriah. Seperti tahun2 lepas, aku sambut Ramadhan tahun ni kat umah aku, Segambut. Kali ni dah masuk kali ker 3 aku sambut Ramadhan kat umah sendiri. Kalau korang free, jemput la ke rumah. Bleh sama2 berbuka. Kita makan jer apa yg ada. kalau banyak, sama2 melapah. Kalau sikit, sama2 kita cubit.
Dari itu, aku susun sepuluh jari, mohon maaf dr korang smua, kalau selama ni aku ader wat silap, salah, terkasar bahasa, samada sengaja atau tak. Semoga Ramadhan tahun ini, membawa Rahmat dan Keberkatan kepada kita smua. Terawih jgn di lupa. Kalau ke Masjid Wilayah, jgn lupa cari aku lps Terawih. Psl kita bleh sama2 layan Moreh lepas tu… Hehehe…

Untuk korang semua,
SelamatMenyambut Hari Kemerdekaan yg ke 51
&
Salam Ramadhan 1429 Hijriah

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.