Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Meriahnya Malam Di Asiatique The Riverfront Bangkok

Asiatique The Riverfront kini menjadi tarikan terbaru di Bangkok. Kalau dulu, ia terkenal sebagai pelabuhan lama, kini ia berubah wajah menjadi lokasi tempat santai setiap hari termasuk hujung minggu, dikenali dengan jolokan Asiatique. Semakin hari lokasi Asiatique ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa kerana anda boleh bersantai di sini untuk menyaksikan Muay Thai, shopping, makan minum dan juga menaiki Cruise PERCUMA.

Di Asiatique The Riverfront Bangkok ini ada lebih dari 1,500 gerai jualan pelbagai yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian, aksesori, barangan wanita, perhiasan rumah, minuman dan makanan serta koleksi aksesori lain.

Baca : Chinatown Tempat Popular Di Bangkok Thailand

 


Asiatique The Riverfront Bangkok

Asiatique The Riverfront bangkok
 

Selain dari tempat yang menyediakan pelbagai tarikan menarik, ia umpama lokasi yang terbaik untuk pelancong singgah. Cuma, lokasi ini agak jauh dari pusat bandar Bangkok dan memerlukan pengangkutan awam seperti Teksi atau Bas untuk ke sana. Tapi, tidak perlu risau kerana ada perkhidmatan bas dan teksi untuk memudahkan anda ke sana.

 

Asiatique The Riverfront bangkok asiatique_bangkok_03 Asiatique The Riverfront bangkok Asiatique The Riverfront bangkok asiatique_bangkok_06

 

 

Asiatique The Riverfront sebenarnya berjaya menggabungkan dua daripada pengalaman membeli-belah yang paling popular di Bangkok iaitu konsep pasar malam dan pusat membeli-belah terbuka.

Lokasinya walau berada di luar kota Bangkok, tetapi hanya sepuluh minit perjalanan dari stesen LRT Taksin BTS Saphan, bekas tempat pelabuhan perdagangan antarabangsa yang sibuk. Kini ia telah berubah dengan mempunyai gerai jualan dan juga lebih 40 restoran di bawah replika gudang kompleks yang besar dan terbuka.

Tempat menarik di Bangkok ini dibuka dari jam 5:00pm dan ditutup pada lewat malam. Anda boleh menghabiskan malam di sini dengan bergembira baik melayari gerai jualan, makan, menyusuri Sungai Chao Phraya atau menyaksikan pertunjukkan Teater Muay Thai dan juga persembahan boneka Thai klasik.

 

Asiatique The Riverfront bangkok asiatique_bangkok_08 Asiatique The Riverfront bangkok Asiatique The Riverfront bangkok asiatique_bangkok_11

 

Ini adalah lokasi wajob singgah jika anda ke Bangkok. Asiatique The Riverfront memang memberikan anda pengalaman percutian santai untuk shopping, makan dan berlibur dalam masa yang sama. Nikmati keindahan dan keunikkan pelabuhan lama di Bangkok ini dan cahaya warna-warni di sekitar Asiatique Bangkok.

Layari website ini untuk review tentang Asiatique Bangkok Thailand

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.