Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Meriahnya Syawal Di 1Utama Shopping Centre Bandar Utama

Meriahnya Syawal Di 1Utama Shopping Centre Bandar Utama. 1Utama Shopping Centre memang terkenal dari dulu. Seingat MrJocko, ia antara shopping mall terawal di sekitar Kuala Lumpur dan punyai tarikan yang unik sejak dulu, tambah-tambah lagi di musim perayaan seperti Hari Raya, bulan Syawal seperti sekarang. Kemeriahan membeli belah, sentiasa meriah di 1Utama Shoppong Centre.

Suasana meriah sempena sambutan bulan Syawal semakin terasa di 1Utama Shopping Centre. Ruang Oval, New Wing 1Utama kini dihiasi meriah dengan dekorasi berkonsepkan kampung dan diletakkan lebih 30 gerai dan kiosk jualan barangan untuk kemeriahan hari raya anda di bulan Syawal.

Baca : Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia

 



 

Meriahnya Syawal Di 1Utama Shopping Centre Bandar Utama

Meriahnya Syawal 1 Utama Shopping Centre
Meriahnya Syawal

meriahnya-syawal-1-utama-01 meriahnya-syawal-1-utama-02

 

Jika anda ke 1Utama, anda akan melihat ruang Oval 1Utama ini dihiasi dengan hiasan sambutan lebaran Hari Raya dengan dekorasi utamanya ialah ‘Rumah Penghulu‘. Rumah kampung ini diilhamkan dari suasana kemeriahan kampung dan menjadi rumah tumpuan orang kampung bila tiba musim perayaan.

Di sekelilingnya, di letakkan lebih 30 gerai dan kiosk jualan barangan berkaitan dengan persiapan dan kemeriahan hari raya AidilFitri, termasuk jualan Lemang, Ketupat dan Rendang, Kuih Muih Raya, Baju Melayu, Baju Kurung, Jubah untuk lelaki, Tudung dan banyak lagi untuk persiapan hari raya anda tahun ini.

 

 

meriahnya-syawal-1-utama-06
Maskot Meriahnya Syawal 1 Utama

meriahnya-syawal-1-utama-03 meriahnya-syawal-1-utama-04 meriahnya-syawal-1-utama-05

 

Hari Sabtu yang lepas, pihak 1Utama turut menjemput Chef Selebriti Sherson Lian sebagai tetamu jemputan pada hari tersebut untuk berkongsi Resipi dan Cara memasak Nasi Beriyani Ayam Percik yang di ciptakan berasaskan menu dari masakan Kelantan. 

Resipi yang sedap ini memang patut anda cuba kerana ia sememangnya mempunyai ciri-ciri kemelayuan dan menambahkan lagi keceriaan sambutan hari raya anda nanti. Untuk info, Chef Selebriti Jaafar Onn pun turut serta dalam promosi Meriahnya Syawal 1 Utama ini.

 

 

meriahnya-syawal-1-utama-07 meriahnya-syawal-1-utama-08 meriahnya-syawal-1-utama-09 meriahnya-syawal-1-utama-10

 

 

Untuk anda pelanggan-pelanggan di 1Utama Shoppin gCentre, anda dijemput untuk menyertai peraduan One Card 1Utama yang mana menyediakan hadiah-hadiah yang menarik termasuk One Card Buka Puasa Reward sepanjang promosi peraduan dari 26 Jun hingga 20 Julai 2015.

Dapatkan complimentary ‘Cake Stand’ dengan setiap pembelian RM500 ke atas pelanggan biasa dan cuma RM300 untuk Ahli OneCard. Mengikut Terma dan Syarat

 

One Card Contest 1 Utama

 

 

Jadi, anda perlu datang ke 1Utama Shopping Centre sepanjang bulan Ramadhan ini dan dapatkan baju raya, kasut raya, peralatan hari raya anda di semua stores dan outlets yang terdapat di 1 Utama Shopping Centre ini. Musim membeli belah dengan kemeriahan Syawal lebih terasa di 1Utama Shopping centre.

Untuk maklumat lanjut tentang kemeriahan kempen ‘Meriahnya Syawal 1 Utama’, sila layari link berikut :

Website: www.1utama.com.my / www.onecard.com.my

Facebook: fb.com/1Utama

Instagram: @1Utama

Twitter: @1UtamaOfficial

Youtube: www.youtube.com/user/1UtamaHappenings

WeChat: 1Utama

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.