Mesin Auto Pay Digi Di Outlet 360 Solaris
|Sebelum ni kalau aku nak bayar bil telefon dan broadband Digi, aku selalu pergi ke kaunter. Kat area umah aku ada Digi 360 di Solaris. Ada kaunter servis, pembelian pakej, postpaid dan prepaid serta bayaran bils.
Sekarang tidak lagi. Korang tahu tak, kalau nak mudah untuk servis bayar bil Digi, korang boleh bayar di mesin Digi Autopay. Sangat senang dan boleh bayar bila-bila masa. Mesin Digi Autopay ini beroperasi selama 24 jam dan boleh bayar guna no akaun, no telefon atau guna bil.
Antara servis lain di Digi Autopay, korang boleh semak bil semasa. Lepas semak, boleh bayar bil Digi anda. Mesin Digi Autopay ini menerima not wang kertas sahaja, RM100, RM50, RM10 dan RM5. Pun gitu, not wang kerta RM2 dan RM1 tidak diterima. jadi, Bila pakai cash, pastu pakai mesin autopay ni pulak, lagi senang, bayaran boleh terus masuk ke dalam sistem. Tak perlu risau, bayaran anda selamat dan boleh dipercayai.
Pastikan anda dapat resit bayaran selepas transaksi.
Sent from my BlackBerry® smartphone