Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MILO Dan MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan Sea Ke-27

MILO Dan MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan Sea Ke-27. MILO dalam usaha mereka menyokong atlet-atlet Malaysia, sekali lagi melancarkan kempen MILO dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan Sea Ke-27. Ia dimulakan dengan Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia Ke Sukan Sea Ke-27 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Selangor.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan turut dihadiri oleh Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Timbalan Presiden Olympic Council of Malaysia, Dato’ Seri Zolkples Embong, Director General National Sports Council, Dato’ Dr Ramlan Abd Aziz, CEO National Sports Institute of Malaysia dan Mr Alois HofBauer, Region Head of Nestle Malaysia dan Singapore.

Baca : Milo Sinonim Dengan Sukan Malaysia

 


MILO Dan MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia

milo dan mom
Mr Alois Hofbauer, Region Head of Nestle Malaysia and Singapore
milo dan mom
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

 

Dalam ucapan perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin, beliau memuji komitmen yang telah ditunjukkan oleh MILO dan Majlis Olimpik Malaysia dalam usaha mereka menyemai semangat kesukanan bagi belia-belia di Malaysia. Sememangnya, sudah lama MILO berada di Malaysia dan memupuk dan menyokong ramai atlet-atlet Malaysia termasuk Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli, Ratu Squash Dunia, Nicol David dan ramai lagi. Oleh yang demikian, sumbangan MILO kepada Malaysia sangat penting kerana banyak usaha yang dilakukan oleh MILO telah membangunkan ramai bakat-bakat muda dalam arena sukan tanahair.

 

milo dan mom

 

Kempen MILO ‘Tenaga Untuk Juara’ sememangnya bukan sekadar penajaan semata-mata, tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial untuk memacu dan mendorong bakat-bakat baru dalam arena sukan di Malaysia dalam pelbagai bidang. Ingat lagi dengan tema ‘Minum MILO anda jadi sihat dan kuat’? Ia antara kempen yang berkesan untuk menarik minat anak-anak kecil bermula dengan minuman sihat dan bertenaga seperti MILO. Sudah pasti, MILO telah lama menjadi pilihan ibu bapa sebagai minuman harian anak-anak mereka.
 
Sukan Sea merupakan acara sukan yang menjadi pentas awal untuk atlet-atlet muda Malaysia menunjukkan bakat mereka sebelum ke arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, MILO yakin dengan usaha sokongan mereka kepada Atlet Sukan Sea Ke-27, ia akan memberi semangat untuk perjuangan mereka dan dorongan untuk mereka berjaya.

 

milo dan mom
milo dan mom
Dato’ Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission of the Malaysia SEA Games Contingent, Mr Alois Hofbauer, Region Head of Nestle Malaysia and Singapore, YB Encik Khairy Jamaluddin, Minister of Youth and Sports, RAdm (Rear Admiral) Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Vice President of Olympic Council of Malaysia, Dato’ Seri Zolkples Embong, and Director General of National Sports Council
milo dan mom

 

MILO ‘Tenaga Untuk Juara’ ialah minuman Coklat Malt Bernutrisi rasmi bagi Kontinjen Malaysia di Kejohanan Sukan Sea Ke-27 di Myanmar. MILO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk sama-sama menyokong dan memberikan sokongan padu untuk Kontinjen Malaysia di Sukan Sea Ke-27 nanti.

 

milo dan mom

Minum MILO Anda Jadi, SIHAT dan Kuat…

This is 48 Hours Sponsored Post – Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.