Mingei Goten Restaurant Lake Toya Hokkaido Sedia Menu Scallop
|Selain dari menu Ketam, di sekitar Lake Toya juga terkenal dengan banyak menu seafood. Memandangkan kawasan ini dekat dengan laut, menu makanan laut antara yang popular ialah termasuk scallop. Makan tengahari kami pada hari kedua, kami singgah di Mingei Goten Restaurant Lake Toya Hokkaido Sedia Menu Scallop.
Ia merupakan antara restoran yang menyediakan menu makanana Halal Muslim di Jepun dan menjadi tumpuan ramai pelancong Muslim apabila di Hokkaido. Menu utama di sini ialah scallop dan juga ikan dengan sup sayur.
Mingei Goten Restaurant Lake Toya Hokkaido
Kalau hari pertama kami makan menu Ketam dan juga ikan, hari kedua kami di Hokkaido kami makan Scallop dan Ikan. Unik kali ini, kami diajar cara buka kelopak Scallop denga menggunakan sudu dan alat khas, Mudah sahaja. Hanya dengan beberapa kali gosok, isi scallop akan keluar dengan cantik dan tidak membazir.
Bukan selalu dapat makan scallop, jadi ini peluang terbaik untuk belajar tips buka kerang Scallop dan juga masak scallop dengan cara yang paling mudah tetapi sedap.
Cara Nak Buka Scallop
Kalau nak tahu harga, boleh semak di laman blog atau informasi di JNTO. Maaf terlupa nak semak harga makanan di Mingei Goten Restaurant Hokkaido ini. Terlalu teruja untuk merasai menu makanan seafood yang ada halal certificate di Lake Toya ini.
Anggaran MrJocko ia mungkin diantara harga JPY2000 hingga JPY5000 seorang bergantung kepada menu dan set yang di ambil. Kalau cuma untuk sup ikan dan sayur, mesti lebih murah berbanding menu scallop.
Baca : MrJocko dan Menu Halal Muslim
Ya, menu scallop di sini memang sedap. Mungkin sebab ia masih segar dan berkualiti. Kalau lihat cara dimasak, hanya diletakkan dalam periuk panas dan cicah sos sahaja. Mudahkan? Tetapi rasa dia memang awesome!!!
Musim Salji seperti ini, satu pulau Hokkaido memutih dengan salji, Makin lebat dan tinggi salji, makin sejuk dan meriah di sekitar Mount Rusutsu Ski Resort, Date, Lake Toya dan juga sekitar Mount Usuzan.
Kalau pergi musim panas membawa kepada musim autumn, mungkin korang akan berkesempatan melihat Bunga Matahari. Kawasan sekitar Lake Toya akan berwarna kuning dengan limpahan kelopak bunga Matahari. Cantik.
Boleh baca dan lihat gambar di blog ini http://kimi-tourguide.blogspot.my/2013/08/mingei-goten-sunflower-fieldlake-toya.html