Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Miniland Di Legoland Malaysia Umpama Dunia Kerdil

Salah satu sudut yang menjadi pilihan ramai pelancong jika singgah di Legoland Malaysia, mereka akan teruja dengan senibina Lego yang dikenali sebagai Miniland Legoland Theme Park. Di Miniland ini, ada banyak yang boleh anda lihat, pelbagai binaan yang terkenal seluruh dunia di letakkan di sini, hasil dari binaan kepingan Lego, hasil kerja tangan anak-anak Malaysia.

Miniland di Legoland ini memang disusun cantik dan banyak dari binaan di sini diilhamkan dari bangunan-bangunan di Johor, termasuk Istana Johor dan Pintu Gerbang Masuk Istana.

Baca : Tune Hotel Danga Bay Johor Bahru

Example

 


Miniland di Legoland Johor Bahru Malaysia

Miniland Di Legoland Malaysia
 

Memandangkan Legoland terletak di Johor, banyak yang anda boleh lihat adalah miniature bangunan Lego yang dibina berdasarkan bangunan terkenal di Johor termasuk Stadium Larkin Johor dan beberapa bangunan sekitar bandar Johor. Di sini juga anda boleh lihat binaan contoh Pelabuhan Tanjung Pelepas yang menjadi nadi kepada perdagangan di negeri Johor.

Miniland Di Legoland Malaysia Miniland Di Legoland Malaysia Miniland Di Legoland Malaysia

 

 

Selain dari binaan bangunan dari Johor, ada banyak lagi binaan bangunan yang terkenal seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan bangunan KLIA di Sepang. Tidak ketinggalan rekaan binaan untuk Merlion di Singapura, Masjid di Brunei, Angkor Wat di Cambodia, Kuil di Bali Indonesia, bandar Hoi An di Vietnam dan banyak lagi bangunan-bangunan terkenal di Laos, Filipina, Myanmar, Indonesia dan beberapa negara lain.

 

 

Miniland Di Legoland Malaysia Miniland Di Legoland Malaysia

 

Hasil yang dibina di sini menggunakan Lego memang mengujakan sesiapa sahaja yang melihat. Ia umpama melihat bandar kecil yang seakan dunia kerdil di hadapan kita. Ini semua anda boleh lihat dan nikmati di Miniland terletak di Legoland Malaysia.

Bukan hanya bangunan Lego, ia dilengkapkan dengan beberapa bunyian yang melengkapkan suasana rekaan berdekatan bangunan tersebut, seperti bunyi sorakan penonton di Stadium Larkin Johor Bahru.

Tidak sia-sia kalau anda melancong ke Legoland Malaysia dan ia memang akan menawarkan pengalaman menarik untuk anda dan keluarga sepanjang di Legoland Malaysia. 

Terbang menggunakan AirAsia dari KLIA2 ke Johor Bahru setiap hari dan anda boleh nikmati percutian hebat dan berbaloi di Legoland Malaysia. Nak travel lebih jauh dengan AirAsia, MrJocko syorkan anda gunakan ASEAN PASS

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.