Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Semasa melawat Otaru, kami singgah untuk makan tengahari di satu lagi restoran terkenal di sini. Kalau orang tempatan kenali restoran ini sebagai Aotsuka Dining. Tapi kalau ikut nama lain ialah Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido. Mereka ada sediakan menu Halal Muslim.

Menu utama di sini ialah seafood. Sudah pasti sebab ia lokasi yang dekat dengan pelabuhan lama dan juga laut yang luas. Menu utama di sini ialah Ikan Hering Salai. Tak pasti pula di Malaysia kita panggil ikan ini dengan nama apa. Kalau tak silap, ikan ini mempunyai banyak telur dan persamaan banyak tulang seperti ikan terubuk.

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Ikan Hering di Hokkaido (Herring Fish) ini bersaiz sekitar 1 hingga 1.5 kg. Ia disalai dengan api sederhana dan kemudian dihidangkan bersama sos khas, seperti sos kicap. Menu ikan ini antara menu popular di Hokkaido dan ikan herring ini juga antara salah satu ikan kegemaran yang dimakan oleh Beruang Hokkaido, Ursuri Bear.

Untuk info, di restoran ini ada disediakan ruang solat sederhana untuk beberapa orang jika mereka nak tunaikan solat. Ruang Solat agak selesa walaupun tak besar. Menu makanan yang mereka sediakan juga berasaskan seafood dan juga Muslim Friendly Menu.

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

telur ikan herring

Baca MrJocko dan Menu Makanan Halal Muslim

Menu yang kami cuba di sini ialah menu Sashimi Jepun dengan lauk Ikan Hering dan juga Ketam Snowcrab yang terkenal di Jepun. Selain dari ikan Hering yang banyak tulang tu, ada udang, scallops, sotong dan juga nasi. Tidak lupa, setiap hidangan mesti ada Miso Sup Jepun yang sedap.

Hidang yang kami makan kali ini merupakan hidangan fine dining yang biasa orang Jepun makan ketika musim sejuk. Harga untuk setiap set makan ini sekitar JPY3000 (MYR108). Kalau nak tanya pasal rasa, memang la sedap. Nak tanya berbaloi ke tak, memang berbaloi jugak sebab kualiti menu makanan di Jepun memang Kelas A. Segar, Bersih dan kualiti Terbaik.

Kalau nak tengok video masa kami makan di Aotsuka Shokudo ni boleh tengok di Facebook MrJocko atau tengok di sini

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru Hokkaido

Untuk mereka yang bercadang untuk ke sini, Minshuku Aotsuka Shokudo Restaurant Otaru boleh la google di laman web. nak dapatkan informasi boleh layari laman web informasi ini Odigo https://www.odigo.jp/spots/7837-minshuku-aotsuka-shokudo-otaru-shi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.