Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Castrol Magnatec Minyak Pelincir Terbaik Untuk Kereta

Bulan ni, cukup masa untuk MrJocko servis kereta secara berkala selepas menggunakan kereta sekarang selama 2 tahun. Kali ni MrJocko nak cuba minyak pelincir jenama lain pulak. MinyaK hitam Castrol Magnatec, khabarnya ini adalah minyak Pelincir Terbaik Untuk Kereta.

Sebelum ni, asyik pakai brand ENEOS dari Jepun. Kali ni, nak cuba Semi Synthetic Castrol Magnatec jenis kelikatan 10W-40 pulak. Harga murah, cuma RM95 untuk 4 liter, beli dari supplier kedai spare part. Untuk Oil Filter, MrJocko pakai filter ori dari Hyundai, RM15 sahaja.

Castrol Magnatec Minyak Pelincir Terbaik Untuk Kereta

castrol magnetic 10W-40
 

Macam ini la cara MrJocko servis kereta. Beli barang-barang yang di perlukan kemudian pegi workshop, bayar upah pasang sahaja. Dengan buat macam ni, MrJocko boleh save banyak dan guna alat ganti yang berkualiti. Kos untuk servis kereta kali ni cuma RM95 + RM15 + RM30 labour cost = RM140 sahaja berbanding biasa RM200.

Satu benda lagi yang MrJocko tambah, minyak enjin tambahan jenama X-1R. Fungsi minyak ini untuk mencuci enjin semasa enjin dihidupkan. Dan memang terbukti kerana masa MrJocko ke Melaka, boleh rasa pecutan dan kuasa enjin yang lebih dari biasa. Berbaloi MrJocko guna X-1R. (ini bukan iklan berbayar X-1R).
 

minyak enjin x1r

Untuk informasi korang semua, kalau kereta korang sudah berumur lebih 2 tahun, MrJocko nak syorkan korang gunakan kombinasi minyak pelincir Castrol Magnatec dan minyak enjin X-1R ini. Ia memang Pelincir Terbaik Untuk Kereta. Cuba dulu kemudian korang sendiri nilaikan.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.