Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa Jenama Minyak PETROL Pilihan Anda

Kat Malaysia ada banyak jugak stesen-stesen minyak, antaranya Petronas, Shell, Esso, Mobil, Caltex dan BHP. Dulu ada Projet, tapi dan kena ambik dengan Shell. Maka tiada lagi jenama Projet di Malaysia yang hanya mampu bertahan hanya beberapa tahun. Soalan saya, apa Minyak PETROL Pilihan anda?

Kalau sebelum ni, pada 5 hingga 6 tahun lepas aku tak kisah petrol jenis apa. Main isi jer, janji minyak Petrol. Tapi skang tidak lagi. Setiap minyak petrol yang dijual di Malaysia, ada yang lebih, ada yang kurang mengikut pengalaman pengguna sendiri. Ia juga bergantung kepada enjin kereta.

Pilihan utama aku sekarang, ESSO. Kenapa? Ntah, Buat masa ni tidak ada specific reason. Cuma aku rasa kereta aku ‘OK’ sikit bila di isi dengan minyak Petrol ESSO. Untuk ulasan yang lebih panjang, rasa kehadiran ‘power’ bila guna minyak petrol ESSO.

ESSO ada tambahan additive yang aku rasa boleh kasi enjin kereta aku power sikit dari petrol lain. Penjelasan secara bukti sahih untuk menyokong kenyataan aku tu, aku tak sure. Tapi aku memang rasa aku suka ESSO.

ESSO ni pulak, yang aku tahu, satu geng dengan Mobil. Kira macam company adik beradik. So, kalau aku  tak jumpa stesen minyak ESSO, minyak dari stesen Mobil akan jadi pilihan aku.

Aku sebenarnya dalam hal-hal seperti memilih minyak petrol untuk kenderaan ini, tidak la cerewet sangat. Cuma buat masa ini, kalau ada nampak stesen minyak ESSO, aku akan guna minyak ini sebagai minyak pilihan. Tetapi, sebagai pilihan lain mengikut turutan aku adalah ESSO – Mobil – Shell – Petronas – BHP – Caltex.

Setengah orang tak kisah isi minyak petrol jenis apa pun, tapi, korang mesti tau bahawa setiap stesen minyak walau pun jual minyak petrol RON95 dan minyak petrol RON97, tapi formula minyak petrol mereka tidak sama.

Apa pilihan minyak petrol kereta yang anda pakai? Jenama apa? Jenis RON95 atau RON97?

Sent from my BlackBerry® smartphone

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.