Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mirage Guilin Show Acrobatic Persembahan Aksi Memukau Pelancong

Negara China terkenal dengan persembahan aksi akrobatik sejak dulu lagi. Jadi, kalau melancong ke Guilin, tidak akan lengkap kalau korang tak saksikan sendiri kehebatan persembahan mereka. MrJocko dan group kali ini berpeluang menyaksikan sendiri Mirage Guilin Show Acrobatic Persembahan Aksi Memukau Pelancong. Ia dipersembahkan langsung dalam dewan yang besar dan menempatkan lebih dari 1,000 penonton.

Kali ini, kami ambil peluang untuk menonton persembahan malam, sekitar jam 7.45 malam selepas waktu makan. Setelah seharian melihat tempat menarik di Guilin, kami inginkan sedikit masa untuk rehat sambil menyaksikan sesuatu yang terbaik di Guilin.

Mirage Guilin Show Acrobatic Persembahan Aksi

Mirage Guilin Show Acrobatic

 

Jarak lokasi Mirage Guilin Show ini dengan hotel kami, hanya sekitar 100 meter dan memakan masa selama 5 minit berjalan kaki. Tak perlu nak rushing, kami hanya makan malam sekitar Hotel dan bergerak ke sana sebelum persembahan bermula. 

Sebaiknya, kalau ke Guilin, pilih lokasi berdekatan dengan Li River dan juga sekitar Zhengyang Pedestrian Street Guilin. Nak tahu kat mana tempat shopping best di Guilin baca di sini http://www.mrjocko.com/2017/11/tempat-shopping-menarik-di-guilin-zhengyang-pedestrian-street.html

 

Mirage Guilin Show AcrobaticMirage Guilin Show Acrobatic

Mirage Guilin Show Acrobatic

 

Oh ya! Harga tiket Mirage Guilin Show Acrobatic ni tak pasti pulak. Lupa nak semak dengan Tour Leader. InsyaAllah kalau MrJocko dapat info, nanti akan MrJocko update di sini berapa harga tiket Mirage Guilin Show di China ini.

Yang pasti, untuk persembahan di sini, ia agak berbaloi untuk di saksikan. Dah lama tak tengok persembahan seperti ni. Biasa lihat di kaca TV sahaja.

 

Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show AcrobaticMirage Guilin Show Acrobatic

Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show Acrobatic Mirage Guilin Show Acrobatic

Mirage Guilin Show ini satu-satunya persembahan akrobatik yang seumpamanya di tengah bandari Guilin. Antara tarikan utama pelancong ke persembahan ini, Guilin Show ialah kerana persembahan yang berbeza dengan persembahan akrobatik lain dengan tambahan cahaya lampu yang berwarna warna. Lebih menarik kerana ia berada dekat dengan bandar Guilin, tidak perlu lebih masa untuk ke dewan persembahan. 

Mengikut yang MrJocko faham, persembahan ini diinspirasikan oleh keindahan alam semulajadi di Guilin dengan tambahan sedikit unsur heritage Guilin. Plot cerita cinta ditambah dengan beberapa persembahan memukau termasuk persembahan ‘berpusing’ dengan kain serta aksi 5 motorsikal dalam satu globe memang mengujakan.

 

Mirage Guilin Show AcrobaticMirage Guilin Show Acrobatic

 

Dalam persembahan Mirage Guilin Show ini dimasukkan unsur cerita legenda China, pakaian tradisi yang berwarna warni, lagu tradisional, tarian eksotik, persembahan akrobatik dengan iringin muzik dan juga kesan bunyi khas yang menarik. 

Katanya, persembahan ini dipersembahkan oleh Guilin Tourism & Entertainment Corporation, dengan arahan pasukan yang berpengalaman dalam membuat upacara Pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Asia Guangzhou 2010.

 

Mirage Guilin Show Acrobatic

 

Kalau korang bercadang nak lihat persembahan dan pertunjukkan aksi terbaik di China, boleh lihat cadangan yang ada di laman web ini TopChinaTravel.com

Ramai yang mungkin nak cari pakej Halal Muslim murah ke Guilin. Boleh terus hubungi syarikat pengurusan pelancongan trusted agent, KSB Travel & Tours Sdn Bhd yang beroperasi di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mereka ada banyak pakej kembara Halal Muslim seluruh negara China, Turki, Indonesia, Jepun, Korea, Taiwan dan banyak lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.