Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 2

Hari kedua Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 2. Selepas hari pertama bermula dengan jaya, kami bersedia untuk hari kedua dengan kerja yang lebih banyak dan lebih mencabar. Pengagihan bantuan kepada keluarga-keluarga yang ditimpa bencana banjir. Hari kedua, kami akan bergerak masuk hingga ke jalan-jalan di kawasan pendalaman untuk memberi bantuan.

Nasib baik kami kerana mempunyai 3 kenderaan pacuan 4 Roda Defender yang kuat untuk mengharungi jalan yang ditenggelami air dan mampu untuk masuk hingga ke kawasan berselut untuk memberi bantuan.

Baca : Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 1

misi bantuan banjir kuala lipis

 


Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 2

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-12 copy

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-11

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-12

Baca : Jumlah Mangsa Banjir Di Kuala Lipis, Pahang
 

Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 2

Memandangkan hari pertama kami sudah susun barang bantuan untuk diagihkan, kerja kami untuk hari kedua ialah mengagihkan barangan tersebut. Namun, selepas subuh kena kerja awal. Tugas saya hari kedua membantu Chef untuk sediakan sarapan pagi. Menu kami, Mihun Goreng. Alhamdulillah! Sedap…

Selepas sarapan pagi, kami diberi tugasan berbeza. Satu kumpulan akan habiskan kerja membersih surau yang tenggelam dan 3 pasukan untuk mengagihkan barangan bantuan ke hulu kampung supaya semua orang kampung yang terkesan akan menerima sedikit barangan ini untuk membantu meneruskan hidup dalam masa seminggu dua.
 

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-14

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-15
Tebing Sungai Jelai

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-16

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-17

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-18

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-19
Destinasi akhir kami di Temerloh

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-20
Makan Tengahari Kami

 

Kalau kebiasaannya, bantuan makanan ini diberikan di Dewan Orang Ramai yang kemudiannya akan diagihkan sendiri oleh Ketua Kampung atau Wakil Orang Kampung kepada mereka yang terkesan. Namun memandangkan kami ada masa, kami ambil peluang ini untuk pergi ke rumah-rumah mangsa banjir yang berkenaan untuk agihkan sendiri kepada mereka.

Satu kenderaan Pacuan 4X4 Defender membawa sekitar 100 packs bantuan dan kami dapat selesaikannya dalam masa sekitar 3 jam. Alhamdulillah, terasa ringan sikit kerja kami bila melihat senyuman mangsa banjir. Berat dugaan mereka, kami hanya mampu melihat sahaja.

Urusan pengagihan selesai sekitar jam 12 tengahari di hari kedua. Saya terpaksa sambung kerja balik di dapur untuk membantu Chef menyiapkan makanan tengahari untuk sekitar 100 orang, termasuk orang kampung makan di Surau.

Kerja-kerja kami di Kampung Pasu dan Kampung Kerambit selesai sekitar jam 4.00 petang. Memandangkan kami ada masa, beberapa kereta bersetuju untuk singgah di Temerloh untuk melihat beberapa lagi lokasi bencana banjir yang masih belum surut di kawasan tersebut.

Perjalanan kami tidak lama, sekitar I jam kami dah sampai di bandar Temerloh. Bandar ini adalah bandar yang turut teruk dilanda banjir dan air masih lagi memenuhi banyak kawasan di sini. Namun, diberitakan ia semakin surut dan jika tidak hujan, InsyaAllah akan surut sepenuhnya dalam masa beberapa hari.

Sepanjang 2 hari 1 malam perjalanan misi bantuan mangsa banjir di Pahang kali ini, saya perolehi banyak pengalaman baru. Antaranya :

1. Ramai mangsa banjir bukan sahaja perlukan bantuan kewangan, malah mereka perlukan sokongan moral.
2. Kemusnahan harta benda yang mereka alami, bukan sahaja merosakkan hidup mereka, malah merosakkan memori dan kenagan mereka yang disimpan sebegitu lama.
3. Bukan sahaja makanan asas diperlukan, tetapi tilam, selimut, peralatan letrik dan banyak lagi diperlukan untuk membantu mereka kembali meneruskan kehidupan.
4. Ramai mangsa banjir hilang tinggal sehelai sepinggang.
5. Bantu semampu yang boleh.
6. Ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia sedia membantu mereka yang tidak bernasib baik seperti mangsa banjir.
7. Tidak kurang juga mereka yang hanya datang untuk mencari publisiti, tidak membantu tetapi menyibuk sekadar untuk menampakkan diri mereka membantu.
8. Ramai scammers yang mengambil kesempatan mengutip wang derma tetapi tidak diagihkan dengan betul
9. Kesan emosi mangsa banjir untuk kembali dalam keadaaan rasional memakan masa.
10. Jika ada saudara mara kita yang terkesan dengan banjir, hulurkan bantuan atau bertanya khabar untuk memberi sokongan moral.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.