Site icon Travel Blogger Malaysia

Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021 Part 1

Sekali lagi negara dikejutkan dengan bencana banjir yang dasyat, mengakibatkan beberapa lokasi di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditenggelami air. Paling teruk terjejas kali ini ialah di bandar Temerloh dan Kuala Lipis, Pahang. Atas rasa ehsan sesama manusia, saya turut menyertai Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021.

Kisahnya bermula dengan ajakan rakan-rakan dari Geng Land Rover (Geng Landy) terutamanya Wan Azman, Geng Alumni UiTM Machang. Memandangkan semua sudah siap sedia, tugas kami hanya menyampaikan sahaja stok bantuan ke kawasan bencana banjir dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Sebabnya, banyak kawasan yang dilanda banjir terputus hubungan dengan jalan besar, hanya kenderaan seperti Land Rover dan Defender yang boleh merentas air banjir pada waktu itu.

Baca : Pengalaman Sertai Aquarium Trail Jengka Pahang

misi bantuan banjir kuala lipis pahang

 


Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021

Misi-Bantuan-Mangsa-Banjir-Kuala-Lipis-Pahang-2021-09 copy


 

Dato Siti Murhaliza Bimbangkan Saudara Mara Ketika Banjir Kuala Lipis Januari 2021
 

Bandar Kuala Lipis

 

Oleh kerana sudah beberapa hari kawasan di Temerloh, Benta, Kuala Lipis di Pahang di tenggelami air, maka ada rakan-rakan kami yang terlebih awal mengumpul derma, sedakah dan bantuan dari rakan-rakan dan penduduk yang baik hati untuk kami sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terlibat.

Alhamdulillah, perjalanan kami kali ini untuk menghantar 3 buah lori misi bantuan mangsa banjir ke Kuala Lipis dengan membawa stok makanan asas seperti beras, tepung, gula, garam, minyak masak dan banyak lagi keperluan asas untuk membantu mereka yang sangat memerlukan.

Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuala Lipis Pahang Januari 2021

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur memakan masa sekitar 5 jam menuju ke kawasan Benta dan seterusnya di Kampung Kerambit, Kuala Lipis. Kawasan ini turut terjejas teruk kerana terletak di tepi Sungai Jelai. Hujan yang lebat dari hulu membawa air yang banyak dan menenggelamkan kawasan sekitar tebing sungai.

Dalam perjalanan, ada ratusan lagi kenderaan Misi Bantuan mangsa Banjir dari pelbagai syarikat, badan kebajikan dan persendirian yang sama-sama dalam perjalanan menuju ke Pantai Timur untuk menghulurkan bantuan. Betapa murahnya hati orang Malaysia dalam membantu golongan yang susah seperti ini. Truely Malaysian.
 


 

Hari pertama kami sampai di sini, kami mulakan dengan susun barang-barang keperluan asas ini untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Perkara kedua, kami bersihkan Surau Kampung Pasu, Kerambit, Kuala Lipis yang ditenggelami air hingga ke paras bumbung. Nasib baik ada Water Pressure, senang sikit nak buat kerja. Alhamdulillah, hampir separuh kerja kami selesai.

Waktu malam, tuga utama saya, bantu Chef untuk hidangkan makanan untuk kami semua dan juga turut menyusun barang-barang yang akan diagihkan pada keesokkannya. Misi kami, habiskan semua stok yang ada untuk diberikan kepada semua, termasuk jiran-jiran yang berada di sekitar Kampung Kerambit.

Bersambung…

Exit mobile version