Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misi Mencari Rumah Baru

Setelah 12 tahun kerja makan gaji dan 2 tahun kerja sendiri, rasanya tahun ini tahun untuk berhijrah. Dah lama tinggal di apartment dan rumah yang tak ada tanah, kini masa untuk mencari lokasi baru yang mempunyai ruang tanah ekstra untuk bercucuk tanam ;). Paling tidak pun ruang untuk anak-anak membesar bermain basikal kegemaran mereka.

Sejak beberapa bulan lepas, MrJocko dan wife dalam usaha mencari lokasi rumah atau tempat tinggal baru setelah hampir 10 tahun menetap di ‘rumah atas angin’. Kali ni nak rumah landed dan punyai pagar sendiri.

Rumah Murah Untuk Dijual

Rumah Murah Untuk Dijual

Rumah Murah Untuk Dijual

Memandangkan kawasan KL sememangnya sudah padat dan harga jualan hartanah di tengah bandaraya ini memang melampau tinggi, kami terpaksa mencari lokasi di luar KL yang menawarkan harga rumah yang masih murah. Setakat ni dah pusing sekitar Shah Alam, Puchong dan juga Rawang.

Banyak juga rumah teres satu tingkat atau dua tingkat yang dijual dibawah harga RM200,000 tetapi lokasinya memang la jauh dari KL. Tapi rasanya, masih dikira senang akses kerana ada banyak highway atau jalan pilihan ke KL.

Harap-harap dapat jumpa rumah yang sesuai dengan bajet kami dan boleh kami menetap dengan selesa untuk masa akan datang. Anda ada cadangan untuk lokasi rumah teres sekitar Selangor dan KL? Boleh share dengan MrJocko?

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.