Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misi Mengutip Hutang Piutang Tertunggak Dari Kawan Kawan

Berat rasanya nak menulis tentang isu hutang ni. Lagi berat sebab ia mungkin akan menyentuh beberapa isu peribadi rakan-rakan. Tetapi itu lah hakikatnya. Soal hutang ini memang selalunya isu sensitif kerana ia melibatkan soal duit dan persahabatan serta persaudaraan. Kali ini, nak kongsi pengalaman Misi Mengutip Hutang Piutang Tertunggak Dari Kawan Kawan.

Saya sendiri pun ada hutang. Kita berhutang bila kita tak mampu tetapi kita perlukan wang untuk sesuatu benda tersebut. Paling senang nak berhutang ialah dengan minta belas ehsan dari kawan-kawan.

Baca : Surat Hutang Terbaik Tips Pungut Hutang

 


Misi Mengutip Hutang Piutang Tertunggak Dari Kawan Kawan

misi mengutip hutang piutang dari kawan 01

cara kutip hutang dari kawan
 

Korang mungkin pernah memberi pinjam atau meminjam. Dan isu yang biasa bila kita meminjam, kemudiannya kita lambat membayarnya. Bila dah macam tu, mesti akan timbul isu tidak puas hati dan menyusahkan satu pihak lagi.

Beberapa bulan lepas, MrJocko mula menebalkan muka untuk meminta hutang piutang lama yang belum lagi dibayar. Hutang yang tertunggak bukan sikit, kalau dicongak, puluhan ribu. Paling banyak RM8,000 dan sampai sekarang member MrJocko tak bayar.

Untuk sementara ini MrJocko kumpulkan senarai nama kawan-kawan yang senang dicari. Call dan hantar mesej supaya dapat bayar hutang lama, biarpun sikit-sikit. Alhamdulillah, misi ini rupanya berjaya…

Beberapa hari ni, daha ada beberapa orang mula start bayar. Walaupun ada yang separuh, itu dah ok. Duit hutang yang dapat tu, boleh la buat belanja untuk jalan-jalan di Tokyo.

Bagi yang meminjam, ingatlah, sekali kita tak bayar hutang, orang tak akan bagi pinjam lagi. Mereka bagi pinjam sebab mereka belum lagi nak guna duit tersebut. Tapi bila dah lama tak bayar hutang, kesian kepada yang memberi pinjam.

Yang nak bagi orang pinjam, berhati-hati lah. Kalau anda baik, beri sahaja kepada sesiapa yang anda mahu. Tapi untuk MrJocko, cukup lah setakat ini. Rasanya dah serik nak bagi orang pinjam kerana boleh dikatakan 99% yang meminjam, memang tak bayar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.