Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misteri Kehilangan Barang Di Poslaju Terjawab

Ingat tak tentang entry MrJocko tentang kehilangan barang sewaktu menggunakan khidmat Poslaju minggu lepas? Barang Wife MrJocko yang dibeli Online, sampai ke alamat, tetapi ada satu barang hilang dalam parcel asal yang dikirim oleh penjual. Yang hilang ialah satu unit Tungku Bersalin untuk kegunaan wife selepas bersalin nanti. Tak mahal pun, tetapi tak tahu kenapa boleh hilang dalam parcel asal dan parcel tersebut koyak dibahagian bawah. Pelik. Kami cuma mampu syak ini kerja orang dalam Poslaju.

Kami memang tidak puas hati dengan isu kehilangan barang di Poslaju ini. Oleh itu kami cuba untu kdapatkan info. Selepas call bahagian Customer Service dan beritahu tentang hal ini, tiba-tiba hari Isnin wife dapat parcel datang dari Customer Service Poslaju Jalan Tun Sambanthan. Pelik rasanya.

 

 

 

Servis Poslaju
Kehilangan Barang Di Poslaju Terjawab
Servis Poslaju
Kehilangan Barang Di Poslaju Terjawab

 

Rupanya banyak kes barang hilang di Poslaju sebelum ini

 

Adakah betul barang tersebut di ambil oleh staff Poslaju? Lojik tak tungku yang seberat lebih kurang 1.5kg terkeluar sendiri dari parcel asal? Kawasan yang koyak tu pun nampak seperti digunting seperti entry sebelum ni.Barang yang hilang dah dapat. Jadi malas dah nak ke Poslaju Jalan Tun Sambanthan lagi.

Bukan masalah barang yang menjadi isu besar, tetapi kredibiliti dan kepercayaan pengguna untuk menggunakan khidmat Poslaju jika perkara ini berlaku. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi masa dan tenaga yang sudah dibazirkan untuk perkara yang seperti ini amat menyusahkan.

Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada khidmat Poslaju. Takkan nak tunggu pengguna report terus kepada pihak berwajib atau Bos Besar Poslaju…

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.