Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 Barang Misteri 89KG

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 menjadi satu insiden yang mungkin tidak akan dilupakan oleh orang ramai. Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada tarik 8 Mac 2014, dikhuatiri telah dirampas semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang mana ketika itu ia membawa dengan 239 penumpang.

Data radar dan satelit menunjukkan bagaimana pesawat tiba-tiba berubah dan terbang balik ke Malaysia sebelum beralih ke selatan Pulau Pinang dan kemudian menuju ke selatan Lautan Hindi, menjadikan ia sesuatu sebab yang dicari oleh semua pakar-pakar yang terlibat dalam pencarian ini.

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 Barang Misteri 89KG

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 Barang Misteri 89KG copy

Beban misteri seberat 89kg yang ditambah ke dalam pesawat MH370 turut menjadi misteri.

Isu seperti ini memang menghantui sesiapa sahaja yang selalu terbang dengan kapal terbang. Kalau dulu, ramai yang berani kata bahawa, kapal terbang adalah salah satu pengangkutan yang paling selamat di dunia. Kini, saya sendiri, ragu-ragu.

Mungkin saya jenis seorang yang penakut bila naik kapal terbang. Kalau terkena Air Turbulance atau Air Pocket, sudah rasa cuak dan serik. Tambah-tambah kalau melalui laluan Taiwan dan Jepun.

Apatah lagi kalau macam kes MH17 yang kena tembak sampai jatuh. Itu antara yang selalu bermain difikiran bila nak masuk ke mana-mana pesawat, tak kira lah untuk penerbangan domestik atau antarabangsa.

Baca : Cerita MrJocko dan Airlines

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 Barang Misteri 89KG 1
Sumber : Express.co.uk
Screenshot 2019 07 16 at 4.54.40 PM
Screenshot 2019 07 16 at 4.54.40 PM

Ikut info dari banyak sumber tentang MH370 ini, kemungkinan pesawat malang tersebut dirampas. Lebih misteri, hingga kini, tak siapa yang tahu tentang beban tambahan 89kg yang dimuatkan dalam penerbangan ini.

Sumber : https://www.express.co.uk/news/weird/1153789/mh370-news-missing-malaysia-airlines-plane-captain-zaharie-hijack-evidence

Hingga kini, apa sebenarnya yang terjadi tentang pesawat MAS MH370 tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan. Banyak yang berlegar di sana sini hanya semata-mata teori dan pandangan ilmiah.

Ternyata selepas ia berlaku pada Mac 2014, pasti ramai yang ingin sangat nak tahu tentang kejadian sebenar kehilangan MH370 ini. Suatu hari nanti, diharapkan ia akan terungkai dengan menceritakan misteri di Malaysia yang sangat-sangat dinanti oleh seluruh dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.