Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Misteri Rumah Agnes Keith Bekas Tahanan Perang Teaser

Misteri Rumah Agnes Keith Bekas Tahanan Perang Teaser. Aku sebenarnya tak tahu sangat tentang cerita pasal Agnes Keith ni, kalau Agnes Monica aku tau la dia penyanyi dari Indonesia. Ini Agnes, antara ikon popular di Sandakan ketika zaman dulu kala.

Dah alang-alang kami ada kat Sandakan, aku singgah jer kat salah satu Tourist Spot kat sini, Rumah Agnes Keith. Dari hotel aku, kami just jalan kaki sajer. Boleh ambik short cut “Tangga Seribu” sebelah Mahkamah Tinggi Sandakan.

Baca : Percutian Keluarga Ke Sandakan Sabah

Misteri Rumah Agnes Keith Bekas Tahanan Perang

 


Misteri Rumah Agnes Keith Bekas Tahanan Perang Teaser

sejarah-umah-agnes-keith-sandakan
 

Agnes Keith House

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Agnes Keith? Apakah istimewanya wanita itu sehingga namanya diabadikan pada rumah berkenaan sedangkan mengikut senarai yang dipaparkan, rumah itu pernah dihuni 26 individu lain.

Agnes dilahirkan pada 6 Julai 1901 di Illinois, Amerika Syarikat. Sejak zaman remaja, dia gemar menulis cerita fiksyen menggunakan pelbagai nama samaran. Karyanya banyak disiarkan dalam beberapa majalah terkemuka termasuk Reader’s Digest.

Malah, selepas menamatkan pengajian di University Of California, Berkeley, dia bertugas sebagai wartawan dengan The San Francisco Examiner pada 1924.

Selepas berkahwin dengan Harry Keith, Pegawai Konservasi Hutan yang bertugas di Sandakan pada 1934, Agnes mengikut suaminya ke Sandakan. Pada awalnya mereka tinggal di rumah bujang yang disediakan untuk Harry tapi akhirnya berpindah ke sebuah rumah lebih selesa di atas bukit.

Walaupun mereka adalah penghuni kedua tinggal di rumah itu selepas M M Clark, namun rumah itu lebih sinonim dikaitkan dengan Agnes kerana dalam rumah itu dia menghasilkan buku ‘Land Below The Wind’ pada 1939 yang menceritakan mengenai kehidupan masyarakat tempatan Sabah serta alam semula jadinya.

Buku itu turut mengalahkan 600 buku lain untuk memenangi pertandingan kategori bukan fiksyen anjuran majalah Atlantic Monthly.

Malah gelaran Negeri Di Bawah Bayu yang diberikan kepada Sabah adalah inspirasi daripada karya Agnes itu sehinggakan dia dianggap sebagai ‘duta’ negeri berkenaan.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Agnes dan keluarganya pulang ke Amerika Syarikat. Namun, apabila kembali ke Sandakan pada 1946, mereka mendapati rumah itu musnah.

Ia kemudian dibina semula untuk didiami keluarga Keith di mana Agnes menamakannya sebagai Newlands. Di dalam rumah itulah terhasilnya dua lagi buku karangan Agnes berjudul ‘Three Came Home’ pada 1946 dan ‘White Man Returns’ (1951).

Pasangan itu pulang ke tanah air mereka pada 1952 namun nama Agnes terus kekal dalam ingatan masyarakat Sabah khususnya Sandakan sehinggakan apabila Muzium Negeri Sabah membina semula rumah itu, ia dinamakan Rumah Agnes Keith sebagai satu penghargaan kepadanya.

Antara catatan Agnes iaitu tinggal di rumah itu memang menjadi idamannya dan dia sangat gembira sepanjang menjadi penghuninya.

Namun Agnes tidak lupa mencatatkan pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan.

Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Malah, pengalaman seram turut dialami seorang lagi penghuni, Rosemary, isteri kepada G L Carson yang menetap di situ selama 12 tahun (1955-1967). Rosemary tinggal seorang diri ketika suaminya bertugas di Kota Kinabalu.

Menurut Rosemary, dia terbangun pada waktu Subuh dan terdengar pintu di bilik hujung rumah ditutup beberapa kali, diikuti bunyi orang berjalan menuju ke biliknya.

Apabila dia membuka mata, Rosemary mendapati satu lembaga wanita berdiri di hujung katil sambil memerhati ke arahnya. Dia tidak mengetahui apa yang berlaku kerana selepas itu dia pengsan.

Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.

Banyak lagi catatan dalam bentuk makalah yang dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram dialami penghuni rumah berkenaan.

Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.

Mungkinkah suatu hari nanti, cucu cicit Agnes akan kembali ke sana untuk menyaksikan sejarah yang ditempa oleh ahli keluarganya? Tiada siapa yang tahu

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.