Food Review Mochi Durian Wall’s Ice Cream Halal Muslim
|Sudah lama makanan yang diberi nama Mochi ini agak popular di Malaysia. Sebelum PKP tahun lepas lagi, ia sudah menjadi pilihan ramai anak-anak kerana rasanya yang lembut dan manis. Kali ini, saya nak kongsi informasi tentang Food Review Mochi Durian Wall’s Ice Cream Halal Muslim yang kami beli dari hypermarket Tesco Lotus Malaysia.
Memang banyak pilihan mochi yang dijual di pasaran. Macam-macam perisa yang penah kami cuba termasuk perisa pandan, kacang merah, strawberry, coklat, peanut dan juga termasuk perisa durian yang kini semakin popular.
Baca : Food Review Makan Cendol Sedap Kuala Lumpur
Food Review Mochi Durian Wall’s Ice Cream Halal Muslim
Pertama kali, mochi yang dikeluarkan oleh Wall’s Ice Cream ini memang dikategorikan sebagai ais krim. Ini kerana, mochi ini sendiri sebenarnya perlu berada di tempat yang sejuk untuk rasa yang lebih sedap. Walaupun ia tidak perlu berada dalam kawasan sejuk beku, tetapi mochi ini perlu berada di dalam peti sejuk jika anda bercadang untuk menyimpannya.
Saiz mochi dari Wall’s Ice Cream ini adalah saiz mochi yang biasa. agak kecil dan sesuai untuk suapan satu mulut. Kanak-kanak pun tidak perlu risau kerana saiznya yang kecil serta bahan-bahan yang dibuat memang untuk kudapan seharian.
Review Mochi Durian Wall’s Ice Cream Halal Muslim
Rasa mochi memang agak manis, tetapi ia dipadankan dengan balutan gandum yang tawar menjadikan ia kombinasi yang setara. Untuk rasa Mochi Durian Wall’s ia masih ada rasa durian yang asli. Walaupun ia hanya ditambah dengan perisa puri durian, ia boleh beri sesiapa sahaja yang makan mochi ini, kenikmatan rasa buah durian.
Setiap kotak Mochi Durian Wall’s ini mempunyai 4 biji mochi dengan berat sekitar 30g bagi satu mochi. Dengan harga retail sekitar RM11.20 di Tesco Online, ia agak mahal, tetapi agak berbaloi untuk rasa yang premium.
Untuk informasi anda, Wall’s Malaysia juga mempunyai dua lagi perisa Mochi yang berada di pasaran iaitu Mochi Durian Matcha dan juga Mochi Straberry Cheese.
Kalau anda jumpa paket ini dimana-mana pasaraya boleh la beli dan cuba ya. Mesti rasanya sedap.