Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019 Cantik!!!

Hari ni, berpeluang di majlis Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019. Model terbaru Toyota Vios 2019 ini memang cantik!!! Hari ni, sempat melihat sendiri model Toyota Vios 2019 berwarna Biru (Dark Blue Metallic) dan Merah (Red Mica Metallic). Untuk info, ada lagi tiga warna Toyota Vios 2019 yang menanti anda, iaitu Altitude Black, Siler Metallic dan juga Super White II.

Sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2003, model kereta Toyota Vios antara model yang popular dikalangan peminat kereta sedan Toyota. Antara sebab utama ialah kualiti, rekaan yang cantik, dekorasi dalaman yang selesa dan pastinya harga kereta Toyota Vios sangat berpatutan.

Baca : Kereta Sedan Murah Berbaloi Untuk Anda Beli

 


Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019

Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019

Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019

Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019

Pelancaran Model Terbaru Toyota Vios 2019

Harga untuk varian model Toyota Vios 1.5J (Automatik) adalah RM77,200, Toyota Vios 1.5G (AT) RM81,200 dan juga Toyota Vios 1.5E (Automatik) RM87,300.

Sejak ia mula diperkenalkan, rekabentuk Toyota Vios ada punyai penambahbaikkan dan dimasukkan unsur kualiti untuk pengguna mereka.

Duta untuk pelancaran kereta Toyota Vios 2019 ini ialah Shukri Yahya dan juga Shawn Lee. Yang mana, mereka juga turut terlibat dalam Music Video terbaru untuk UMW Toyota Motor Malaysia. Saksikan Toyota ‘As Never Before’.

Lebih ‘sporty’ dan lebih maju daripada sebelumnya, generasi terbaru Vios secara rasminya diperkenalkan melalui video muziknya sendiri.

Model Terbaru Toyota Vios 2019

Model Terbaru Toyota Vios 2019

Model Terbaru Toyota Vios 2019

Model Terbaru Toyota Vios 2019

Model Terbaru Toyota Vios 2019

 


Sekali imbas sahaja, dapat la lihat dekorasi dalaman kereta Toyota Vios 2019 ni, boleh tahan rekaan dalamannya dengan mempunyai rekaan dalaman yang berasaskan warna hitam. Ada model yang mempunyai tempat duduk kulit, auto air-conditioning dan 6.8″ DVD-AVX dengan USB Mirroring.

Manakala untuk rekaan luaran, rekaan lampu headlamp dengan ciri ‘Follow Me Home’, lampu LED DRL, lampu belakang LED Combi Lamp dan juga saiz rim 16″.

Untuk prestasi, kereta enjin Toyota Vios ini dah lama terbukti ketahanan dan kuasa pemanduannya. Antara yang menarik perhatian saya, adalah ciri CVT dengan kelajuan 7-Speed dengan Sequential Shift. Nak tahu apa dia, boleh dapatkan info lanjut di laman web Toyota Malaysia.

Secara umum, model Toyota Vios sudah terkenal, melebihi 15 tahun di Malaysia. Sudah pasti, bukan sahaja kemampuan enjin 1.5cc ini menjadi taruhan, tetapi juga ketahanan dan penjimatan dalam pemanduannya. Lagipun, untuk nilai kereta Sedan dengan harga di bawah RM80,000 ia memang berbaloi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.