Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Jangan Buat Travel Pulak

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang mempunyai AKAUN EPF atau AKAUN KWSP. Bermula hari ini, anda yang tidak mempunyai i-Akaun KWSP boleh memohon untuk mengeluarkan wang dari Akaun 2 dengan menggunakan laman web dari KWSP yang sah sahaja, www.ilestari.kwsp.gov.my. Bila dah Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Jangan Buat Travel Pulak.

Seperti yang sedia maklum berikutan pengumuman dari Perdana Menteri dan CEO KWSP baru baru ini, pemegang akaun KWSP boleh mengeluarkan duit sejumlah RM6000 maksima, iaitu RM500 maksima setiap bulan sehingga tempoh satu tahun. Ia bertujuan untuk membantu rakyat menambah bebanan dan tekanan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pendamik Wabak Covid-19.

Baca : Penerbangan AirAsia Di Gantung Sementara



Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Jangan Buat Travel Pulak

cara-mohon-ilestari-kwsp-1
Laman Web i-Lestari KWSP

 

Pemegang Akaun KWSP sudah mula boleh memohon untuk mengeluarkan wang dari Akaun 2 KWSP mereka bermula 1 April 2020. Namun, ekoran dari kekangan pergerakan PKP dan juga tidak membuat pendaftaran i-Akaun KWSP terlebih awal, ramai yang mengeluh akibat tidak dapat membuat permohonan.

Mendengar keluhan tersebut, pihak KWSP kini melancarkan laman web untuk mengeluarkan Wang KWSP dari AKAUN 2 KWSP dengan melayari laman web SAH www.ilestari.kwsp.gov.my

Cara Memohon Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP

1. Layari laman web rasmi KWSP i-Lestari
2. Masukkan Informasi Yang di Minta
3. Hantar
4. Tunggu Pengesahan Kelulusan Dalam Masa Beberapa Hari
5. Terima Wang dalam Akaun Bank yang didaftarkan

cara-mohon-ilestari-kwsp-1

Info Penting Dari KWSP

Penafian

1. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
2. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
3. Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat.
5. Anda disarankan untuk membuat permohonan anda melalui i-Lestari Online.

Begitu jelas penerangan yang diberi oleh pihak KWSP berkenaan pengeluaran Wang Akaun i-Lestari EPF ini. Di harap pemegang akaun akan faham dengan lebih mudah.

Nota Peringatan :

1. Mohon pengeluaran wang i-Lestari KWSP melalui laman web yang SAH sahaja
2. Pihak KWSP tidak melantik mana-mana agen untuk berurusan mengeluarkan wang pemegang akaun KWSP
3. Dalam beberapa hari, semak permohonan anda di laman web yang sama www.ilestari.gov.my
4. Kalau dah LULUS, tunggu wang yang akan dikreditkan dalam akaun bank pemegang akaun.
5. Sudah dapat duit, gunakan sebaiknya. Jangan nak guna wang kecemasan ini untuk melancong atau membazir.

Sekadar Pandangan. Gunakan duit kelulusan i-Lestari KWSP seeloknya…

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.