Untuk informasi pembac di blog Travel Blogger Malaysia, MrJocko. Ada sedikit info dan maklumat yang MrJocko nak kongsi dari KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG. Mereka memerlukan Sumbangan Derma Bantuan Banjir Kelantan 2014. Di sini juga ada disertakan senarai Lokasi Serahan Bantuan Derma.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebagaimana yang ramai telah ketahui, bandar Gua Musang dan hampir seluruh negeri Kelantan kini dilanda banjir besar dan terburuk sejak 30 tahun yang lepas. Maka atas dasar simpati yang amat sangat, pihak Volunteer banjir akan mengadakan satu sesi kutipan sumbangan wang ringgit, pakaian (seluar/baju/kain/dan lain-lain) untuk mangsa banjir di Gua Musang.
Baca : Gambar Banjir Terkini di Kelantan
Sumbangan Derma Bantuan Banjir Kelantan 2014 Lokasi Serahan
Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :
1. Amran Arifin (017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm – 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am – 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
3. Haji Hazmi Hanipa (013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am – 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
4. Mohd Sharuddin (019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
Mohon jasa baik sahabat semua war-warkan kerja amal ini serta kongsi samada di Facebook, Twitter atau Instagram. Semoga Allah SWT memberi ganjaran setimpal untuk usaha murni kita ini supaya sama-sama meringankan beban sahabat dan keluarga yang dilanda bencana banjir.
Sekiranya anda tidak dapat menyumbangkan wang ringgit dan barangan, mohon sebarkan di group atau komuniti masing-masing, InsyaAllah.

Tahniah team anak-anak gua musang utk sumbangan dan usaha yg telah berjalan dengan jayanya! Mohon tumpang war2kan ye..
Pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di Taman Kota Cheras. Sukarelawan diperlukan. Barang keperluan spt makanan, minuman, pakaian, ubatan, toiletries, brg bayi juga boleh disalurkan melalui kami. Hubungi Adam ( 010-290 9760/ 012-5242614). Terima kasih atas bantuan anda.