Site icon Travel Blogger Malaysia

Mohon Visa Mudah Dengan Evisa Asia Secara Online

Mereka yang suka kembara dan selalu travel ke luar negara pasti akan tersenyum lepas ini bila mengetahui bahawa ada cara lebih mudah untuk memohon Visa untuk perjalanan mereka ke negara-negara berkenaan yang memerlukan visa. Kini, Mohon Visa Mudah Dengan Evisa Asia Secara Online tanpa perlu bersusah payah seperti dulu.

Permohonan Visa kini berada di hujung jari anda dengan pelancaran Evisa Asia, aplikasi kembara Visa yang menyediakan pelbagai produk dan khidmat berkaitan visa.

Evisa Asia Online Visa Application

 

mohon visa online guna evisa asia

 

 

Rakyat Malaysia, khususnya boleh memohon visa secara online dengan menggunakan laman web dan aplikasi ‘Evisa Asia’ ini.  Selain dari menyediakan pelbagai info yang tepat berkaitan permasalahan berkenaan visa sesebuah negara, mereka juga menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan visa di Asia untuk kemudahan pengguna yang terlibat.

Dengan menyediakan servis visa lebih dari 40 negara seluruh dunia di mana mereka boleh memohon visa secara online untuk lebih 60 negara Asian termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah da juga negara Asia Tengah.

 

Produk dan Servis Evisa Asia

 

Kalau sebelum ini, anda antara kita yang terpaksa ke kaunter ‘Embassy’ negara tersebut, atau memohon secara talian di laman web berasingan, kini anda hanya perlu ke satu laman web dan guna satu aplikasi evisa asia sahaja untuk memohon permohonan visa anda.

Menariknya, Evisa Asia turut memperkenalkan kemudahana yang pertama Pandu-Lalu Passport di Malaysia. Tambahan kepada servis ini, mereka mempunyai lebih dari 60 rakan ‘Travel Agent’ di Malaysia yang boleh dipercayai untuk urusan passport anda.

Dengan aplikasi permohonan visa secara apps ini, ia lebih memudahkan sesiapa sahaja untuk memohon permohonan visa kembara mereka di mana-mana atau bili-bila masa sahaja. Mudah kan kalau dah ada aplikasi seperti ini?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan servis Evisa Asia ini anda boleh layari laman web rasmi mereka www.evisaasia.com

 

Exit mobile version