Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar adalah tempat shopping best di Greece. Membeli-belah di Athens adalah antara hobi kegemaran pelancong dan penduduk Athena. Di sini ialah salah satu tempat terbaik untuk membeli apa sahaja yang korang inginkan, semuanya ada di Monastiraki Flea Market atau dikenali sebagai Monastiraki Square Athens.

Namanya Flea Market, tetapi ia bukanlah pasar lambak (flea market) kecuali pada hari Ahad apabila ramai peniaga dan orang perseorangan membawa meja dan permaidani serta menjual semua jenis barang dari sampah hingga kepada barangan antik.

Baca : Tempat Tempat Menarik di Athens Greece

monastiraki flea market athens market bazaar

 


Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar
Monastiraki Flea Market

 

Ada kaki jalan yang pernah ke sini berpendapat, Monastiraki Flea Market adalah menyerupai tempat shopping popular Grand Bazaar di Istanbul, Turki.

Menarik tentang Monastiraki Flea Market ini, ia seakan menjadi tempat tumpuan penduduk Athens sepanjang hari, sepanjang minggu. Boleh dikatakan, ia adalah pusat kunjungan ramai, tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong luar negara.

Kebanyakan kedai-kedai disini banyak yang menjual produk seperti aksesori, barangan cenderahati dan souvenir pelancong yang berasaskan identiti Greece. Tidak kurang juga kedai yang menjual pakaian seperti T-Shirt cetak, pakaian wanita, barangan kulit, produk kecantikkan dan beberapa deretan restoran makanan tradisional Greek di sepanjang loong di sini.

Di sini pun banyak produk buatan dari negara China dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

Beberapa kedai juga menjual perhiasan yang baik dari kepingan emas dan perak buatan tangan dan kedai barang kemas palsu dengan kepingan emas dan perak “buatan tangan”. Kalau korang bukan pakar, susah nak bezakan kualitinya.
 

Monastiraki Flea Market Athens

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best
 

Kalau hari Ahad, Flea Market di Monastiraki ni akan lebih meriah dan lebih banyak pilihan. Ramai yang datang menjual barangan mereka dengan harga lebih murah dan mungkin akan mengejutkan korang.

Kalau hari Ahad, umpama jualan ‘Car Boot Sale’ yang mana ramai juga yang datang ke sini menjual barangan terpakai atau ‘pre-loved items’ yang mereka sudah tidak guna. Kalau bernasib baik, mungkin korang akan dapat barangan yang berkualiti, berjenama, baru dengan harga yang sangat murah.

Oh ya. Kalau nak tahu, harga buat Ceri di sini sangat la murah. Sekita EUR1.49/kg. Kalau di malaysia, harga sekilo sekitar MYR25 – MYR30 sekilo.

 

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best
 

Monastiraki Flea Market Athens ini adalah kedai-kedai yang menjual macam-macam produk. Jadi tidak mustahil kalau di sini ada banyak juga produk tiruan yang dibawa masuk dari negara China. Barangkali kalau korang lihat sendiri akan kenal dan boleh bezakan mana produk original dan produk tiruan.

Pun begitu, kalau korang seorang yang nak shopping produk mewah dan berjenama, selang beberapa blok bangunan ada satu lagi kawasan diberi nama Syntagma Square, ada banyak shopping mall berjenama untuk korang pilih.
 

 

Kalau nak shopping di Monastiraki Flea Market, MrJocko syorkan korang beli Poskad EUR1 untuk 10pcs, Fridge Magnet EUR0.50 untuk 1 pcs, Keychain EUR1 untuk 1pcs, EUR5 untuk satu TShirt dan juga Sabun Mandi EUR1 untuk 1pcs.

Satu lagi, kalau nak beli, boleh amalkan tawar menawar. Kalau kena cara, mereka boleh beri dengan harga diskaun sehingga 50%. Tapi kena la beli dalam kuantiti yang lebih dari 1 atau 2pcs.

MrJocko datang ke Monastiraki selepas lawatan ke Acropolis. Dekat sahaja dengan Acropolis dan Acropolis Museum. Kalau nak jalan kaki pun boleh. http://www.mrjocko.com/2017/07/the-acropolis-of-athens-di-greece.html
 

Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best Monastiraki Flea Market Athens Market Bazaar Tempat Shopping Best

 

Untuk ke Monastiraki tidak la susah. Kalau menaiki Subway, korang cari sahaja destinasi perhentian Monastiraki Metro Station. Keluar sahaja, ada lapangan bermulanya kawasan Monastiraki Flea Market. Jangan risau korang tidak akan sesat.

Untuk maklumat, boleh layari info yang berguna tentang Monastiraki Athens di laman web ini https://www.athensguide.com/monastiraki.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.