Mongkok Ladies Market Lokasi Shopping Best Di Hong Kong
|Tempat shopping best di Hong Kong memang banyak, tetapi tempam shopping yang terkenal di Mongkok dikenali sebagai Mongkok Ladies Market. Dengan lebih dari 100 gerai pakaian murah, aksesori dan cenderamata, ‘Pasar Wanita’ di Tung Choi Street atau lebih dikenali sebagai Pasar Malam Mong Kok Hong Kong ini menyediakan sepanjang satu kilometer gerai jualan untuk pembeli.
Mongkok Ladies Market Hong Kong ini mendapat namanya daripada konsep gerai di sini yang mana kebanyakkan barang yang dijual di sini pada mulanya ialah pakaian wanita dan aksesori untuk wanita. Walau bagaimanapun, dari hari ke hari, ia berubah mengikut permintaan dan kini anda boleh membeli banyak barang lain di sini termasuk TShirt, jam tangan, kosmetik, beg, hiasan rumah, CD, aksesori gajet dan perhiasan.
Mongkok Ladies Market Hong Kong
Apa Yang Menarik di Mongkok Ladies Market
Kalau sampai sini, anda akan tahu banyak yang menarik. Kalau nak tahu, di Mong Kok Ladies Market memang menjadi tumpuan pembeli tempatan dan juga pelancong di Hong Kong. Sepanjang lorong ini, dalam jaarak 1 kilometer, anda boleh melihat dan memilih banyak barang yang menarik ada dijual di sini.
Skill tawar menawar ‘bargain’ dengan penjual di sini memang perlu, dan jika anda seorang yang hebat dalam tawar menawar, anda mungkin boleh membeli barangan di sini dengan harga yang cukup murah, berbanding harga yang dijual di shopping mall.
Kalau betul nak beli barang murah, di sini lah tempatnya, Mong Kok Ladies Market Hong Kong. Berbeza dengan lokasi market atau pasar malam lain di Hong Kong, di Mongkok Ladies Market adalah lokasi shopping paling besar di Hong Kong. Walaupun ada yang kata Temple Street Market pun tempat yang happening, secara peribadi, MrJocko lebih sukakan shopping di Mongkok Ladies Market.
Nak ke sini MTR Mong Kok Station, Exit E2. Jalan kaki sepanjang Nelson Street dalam 2 blok bangunan atau anda boleh menggunakan Bas 1, 1A, 2, 6 or 9 dari Tsim Sha Tsui Star Ferry pier dan keluar ke Nelson Street station.
p/s : Kebetulan masa sampai sini, bateri smartphone dan kamera totally habis. Hanya sempat snap 2 – 3 gambar. Jadi gambar-gambar di bawah diambil dari gambar Internet.