Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin Review Halal Muslim

Selama MrJocko berkunjung ke Hua Hin, dua malam menginap di Amari Hotel Hua Hin, ini kali pertama MrJocko berpeluang singgah untuk makan malam di Restoran Halal di Hua Hin. Restoran ini diberi nama Mooz Restaurant Hua Hin dan di katakan satu-satunya restoran berstatus halal di kawasan pelancongan Pantai Hua Hin, Thailand.

 

Mooz Restaurant Hua Hin ini adalah kepunyaan pemilik muslim dan diuruskan sepenuhnya oleh warga Thailand yang beragama Islam. Lokasi Mooz Restaurant Hua Hin ini terletak berdekata dengan tarikan pelancong dan juga pantai Hua Hin. 

 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin
Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin 

Untuk ke sini anda boleh ikut alamat Naeb Kehardt Road Hua Hin 77110. Atau telefon talian +66 89 916 5456 untuk tempahan. 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

 

 

Restoran Halal Mooz Hua Hin ini bukan setakat menyediakan menu masakan sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam, tetapi mereka mempunyai ruang solat khas untuk tetamu restoran dan juga menyediakan 6 bilik untuk mereka yang berminat untuk menyewa bilik di Hua Hin.

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Dari luar anda boleh melihat bangunan restoran ini yang agak menarik serta boleh lihat dengan jelas nama restoran Mooz Hua Hin dan juga status Halal restoran. Ia berada di tepi jalan utama bahagian pantai dan dekat dengan kemudahan lain seperti kedai serbaneka.

 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

 

Ruang susunan di restoran Mooz Hua Hin ini memang kemas dan ada elemen moden dan menarik. Anda boleh memilih untuk duduk makan di ruang meja luar restoran dengan konsep terbuka atau makan di dalam restoran yang berhawa dingin. 

 

Pilihan menu makanan di sini juga ada pelbagai. Samada anda mahukan menu asli Thailand atau pilihan beberapa menu masakan barat yang turut dihidangkan di Mooz Restaurant Hua Hin. 

 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

 

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Mooz Restaurant Halal Di Hua Hin

Memandangkan kami di Thailand, sudah pasti kami memilih untuk makan menu masakan Thailand. Jadi kami memesan makanan seperti Sup Thailand, Ketam Goreng Special, Sayur Special, Telur dan Udang Goreng serta pencuci mulut. Untuk air, MrJocko mencuba Teh O Ais Limau yang special kerana dari segi warna nampak merah seperti Tembikai, tetapi rasa lemon dan ais memang terbaik.

Untuk penutup, sudah pasti kena minum latte sebagai minuman terakhir untuk memberi kesegaran kopi selepas makan malam. Itu memang dah biasa sebab MrJocko memang kaki minum kopi.

 

Secara keseluruhan, menu dan servis di Mooz Restaurant Hua Hin memang antara yang terbaik. Dari segi lokasi restoran juga ia memang dekat dengan bandar dan tarikan lain seperti pasar malam. Kalau anda Muslim dan mencari menu masakan Halal di Hua Hin, MrJocko sangat menyarankan anda singgah di Mooz Restaurant Hua Hin ini untuk menu sarapan, makan tengahari atau makan malam anda. 

Mooz Restaurant Hua Hin, antara tempat makan terbaik dan sangat sesuai untuk anda bersama keluarga atau rakan taulan.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.