Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya

Peminat motorsikal di Malaysia pasti akan turut teruja dengan kedatangan model-model motorsikal terbaik dari Itali. Untuk informasi semua, Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya. Ia terletak ditengah pusat bandar Petaling Jaya dan senang akses.

Kali ini Moto Guzzi kembali dengan ‘Pengedar Rasmi Baru’ dan membuka ‘slagship store’ baru untuk pusat setempat bagi jualan, servis dan solusi untuk pengguna motor yang akan menggunakan jenama Moto Guzzi.

Baca : Motorsikal Berkuasa Besar Ducati Monster 795

 


Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya

Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya
 

Dengan kembalinya jenama motosikal Itali Moto Guzzi ke market pasaran Malaysia serta pelancaran baru V7 dan V9 siri Transverse V-Twins, ia beri banyak lagi pilihan untuk peminat motor di Malaysia. The Gasket Valley, pusat ini menyediakan jualan dan perkhidmatan kepada pelanggan Guzzi.

Pusat servis ini dilengkapi dengan mekanik yang dilatih oleh Moto Guzzi dan diketuai oleh Azman Jaafar, sementara Mark Ng mengetuai pasukan jualan. Selain pusat utama di Petaling Jaya, Moto Guzzi juga mempunyai peniaga di Pulau Pinang, Sheng Fatt Motor, dengan rancangan untuk dua lagi peniaga yang akan dilantik tahun depan di lokasi lain.

“Dengan pengenalan semula Moto Guzzi ke Malaysia, kami berhasrat membawa peminat motor klasik dan peminat motor baru menghargai reka bentuk klasik Moto Guzzi,” kata Simone Niccolai, pengarah urusan Asia Pacific 2 Wheeler, Piaggio Asia Pacific.

“Kami juga percaya lokasi pusat perdana Moto Guzzi di The Gasket Alley akan menyediakan pengendara dengan pengalaman yang berbeza, satu pusat sehenti bagi semua motosikal,” katanya.
 

Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya

 

V7 III Anniversario baru ini adalah generasi ketiga Moto Guzzi yang mewakili 50 tahun sejarah pengeluaran motosikal jenama ini. Dikuasakan oleh 744cc ikonik, 90-darjah V-berkembar, 4-lejang enjin, V7 III Anniversario menghasilkan 51hp pada 6,200rpm dan 60Nm tork pada 4,900rpm.

Ada info pasal Motorsikal di Blog MrJocko, layari http://www.mrjocko.com/motorcycle

 

Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya Moto Guzzi Flagship Centre Kini Ada Di Petaling Jaya

 

Mungkin ramai yang berminat nak tahu harga, model terkini serta servis yang ditawarkan oleh Moto Guzzi. Ada banyak lagi gambar menarik serta info tentang Moto Guzzi di The gasket Alley Petaling Jaya ini. Boleh layari laman Facebook https://www.facebook.com/motoguzziMY/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.