Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Aksesori Wajib Untuk Pemanduan Motosikal Berkuasa Tinggi

Memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi samada superbike, naked bike, touring bike, motorcross atau easy rider menjadi impian ramai lelaki kerana ia antara hobi yang memberikan satu kepuasan yang berbeza. Tidak kira lah samada anda meminati jenis motosikal berkuasa tinggi yang mana satu, selepas memiliki ‘jentera’ tersebut, anda kena tahu beberapa perkara asas tentang motosikal dan perkara asas yang wajib anda pakai ketika memandu motorsikal berkuasa tinggi tersebut.

Antara yang paling utama ialah helmet, jaket motorsikal, sarung tangan, elbow guard, knee guard dan kasut motosikal. Ini antara alatan asas yang wajib anda pakai ketika menunggang motosikal.

Baca : Berapa Kos Servis Motosikal Ducati Monster 796/795

 


Aksesori Wajib Untuk Pemanduan Motosikal Berkuasa Tinggi

 

Untuk pemilik motosikal berkuasa tinggi, mereka selalunya lebih cenderung untuk memiliki jenis helmet ‘full face’ kerana ia lebih selamat dan kalis angin ketika memandu. Jenis topi keledar (helmet) seperti ini biasanya lebih mahal berbanding helmet biasa. Anda boleh dapatkan full face ini bermula dari harga sekitar RM150 hingga ribuan ringgit.

Ada banyak jenama yang bagus untuk full face ini antaranya SHOEI, ARAI, AGV, SHARK dan banyak lagi.
 

 

Jaket motosikal amat penting untuk penunggang motosikal (rider) berkuasa tinggi. Ini kerana jaket jenis ini mempunya pad atau guard di dalamnya samada di bahagian siku, lengan, dada dan juga belakang. Fungsi jaket motorsikal ini ialah untuk mengurangkan risiko kecederaan buat rider sekiranya mengalami kemalangan sewaktu menunggang.

Anda boleh dapatkan jaket motosikal ini dengan harga serendah RM100 hingga harga ribuan ringgit, bergantung kepada jenis material yang digunakan. Material seperti Mesh, lebih murah berbanding material kulit. Untuk tunggangan harian, lebih baik menggunakan material jenis Mesh kerana ia tidak panas dan lebih selesa.
 

motosikal berkuasa tinggi
Glove Motosikal
motosikal berkuasa tinggi
Knee Guard

Sarung tangan untuk motosikal juga amat penting kerana ia memberikan akan lebih keyakinan ketika menunggang. Tangan yang berpeluh merbahaya kerana ia membuatkan pemandu hilang tumpuan. Lagipun bila pakai sarung tangan (glove) ia memberikan grip yang baik untuk mengawal motosikal anda.

Knee Guard juga amat penting jika anda bercadang untuk menunggang untuk perjalanan yang jauh. Ia boleh melindungi lutut dan betis anda dari bahaya jika terjatuh atau kemalangan. Tetapi jika untuk ride dalam jarak dekat, ia tidak perlu, tetapi mestilah berhati-hati. Sebaiknya, pakai.

Boots motosikal berkuasa tinggi

Satu lagi yang memberikan faktor keyakinan ketika menunggang motosikal ialah kasut (biker boots) yang sesuai. Tidak seperti motorsikal biasa jenis skuter, jenis motosikal berkuasa tinggi mempunyai gear manual dan memerlukan skill untuk mengimbangi minyak dan clutch. Sebab inilah yang memberikan lebih pick-up atau pecutan yang laju kepada jentera motosikal tidak seperti yang bertransmisi automatik.

Kasut yang sesuai memudahkan anda menukar gear dengan baik dan mengawal motor sebelum bergerak dan ketika berhenti.

motosikal berkuasa tinggi
Jaket Motosikal

Elbow Guard dan Body Pad luaran ini boleh dikategorikan aksesori tambahan yang boleh anda guna untuk menambahkan lagi perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan. Aksesori ini juga boleh anda pakai jika anda tidak menggunakan jaket motosikal. Ia boleh dipadankan dengan t-shirt biasa dengan mudah. Dengan aksesori ini ia membantu anda melindungi badan dari kecederaan yang teruk jika berkalu kemalangan.

Sebenarnya, jika anda menunggang motor biasa pun, keselamatan adalah yang paling utama dan perlu dititik-beratkan. Cuma kebiasaannya, menunggang motor biasa ia lebih kepada perjalanan yang dekat sebaliknya geng-geng yang menunggang motor berkuasa tinggi atau motor besar ini selalunya menunggang dengan kelajuan yang mencapai hingga 180kmj hingga 200kmj.

Lagipun, jika anda menunggang motor biasa, agak pelik jika anda memakai suit lengkap ‘racing’ sedangkan anda cuma menunggang sekitar 50km sahaja. Itu la pandangan orang ramai, sedangkan, ia sebenarnya lebih baik dan selamat jika sesuatu yang tidak diingini berlaku dijalan raya.

Untuk penunggang motosikal, tunggang lah dengan berhati-hati dan cara yang selamat.

p/s : menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan adalah menjadi satu kesalahan 😉

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.