Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mount Moiwa Ropeway Sapporo Pemandangan Malam Yang Menakjubkan

Shopping bukannya satu-satu aktiviti yang boleh anda lakukan di Sapporo. Pemandangan bandar Sapporo itu sendiri, menawarkan tarikan pelancongan tersendiri kepada semua pelancong. Oleh itu, kami berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman ke Mount Moiwa Ropeway Sapporo melihat pemandangan malam yang menakjubkan.

Gunung Moiwa (藻 岩山, Moiwa-yama) adalah salah satu daripada beberapa gunung kecil yang terletak di hutan barat daya di tengah bandar Sapporo. Gunung ini adalah lokasi santai dan tempat bersiar-siar paling popular. Ia sememangnya dikenali kerana pemandangan luar biasa yang menghadap sekitar bandar Sapporo. Anda boleh melihatpemandangan cantik matahari terbenam dan lampu waktu malam dari ‘observation deck’ Mount Moiwa.

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Ropeway ini mempunyai dua kereta kable (ropeway) untuk naik sehingga ke Observation Deck. Stage pertama, anda akan mendaki menggunakan Kereta kabel yang Pertama dari kaki gunung sehingga ke stesen pemindahan. Dari sana kereta kabel mini yang agak unik akan bergerak sepanjang perjalanan ke stesen paling atas di puncak dimana terdapat dek pemerhatian dan restoran. Di sini ada pemandangan yang cantik untuk anda lihat seluruh bandar Sapporo.

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Ropeway Sapporo

Mount Moiwa Sapporo

Baca : MrJocko dan Cerita Melancong ke Jepun

Mount Moiwa Ropeway dibuka pada jam 10.30 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari (dari 11.00 pagi setiap bulan Disember hingga Mac); kemasukkan akhir ialah 30 minit sebelum waktu tutup

Harga tiket untuk masuk ke Mount Moiwa Ropeway Sapporo ialah bermula dari JPY1700 (MYR61) (pergi dan balik untuk ropeway dan kereta kabel mini)
JPY1100 (MYR40) (pergi dan balik untuk ropeway sahaja)
JPY600 (MYR22) (pergi dan balik untuk kereta kabel mini sahaja)

Untuk ke sini, jika menggunakan kemudahan pengangkutan awam, berhenti di Susukino Station. Kemudian ambil trem yang dikenali sebagai Sapporo Streetcar dengan guna line ‘Ropeway Iriguchi’ station. Ia mengambil masa selama 25 minutes dan kos JPY170 sehala.

Dari situ, ada shuttle bus percuma untuk ke Mount Moiwa Ropeway Station. Kalau tak nak tunggu shuttle bus, boleh jalan kaki dan ia hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja dari Ropeway Iriguchi Streetcar.

Mount Moiwa Sapporo

Mount Moiwa Sapporo

Mount Moiwa Sapporo

Mount Moiwa Sapporo

Untuk info, stesen di atas Mount Moiwa Ropeway ini juga menempatkan planetarium dan teater. Kompleks ropeway dan bangunan di puncak telah dibuka semula pada tahun 2012 selepas pengubahsuaian.

Bersebelahan Mount Moiwa Ropeway, ada satu lagi tempat tarikan pelancong yang menarik iaitu Mount Moiwa Ski Resort. Tetapi untuk ke sana, kena naik jalan yang berbeza. Untuk and yang nak rasa pengalaman bermain Ski di musim sejuk atau musim salji di Sapporo, Hokkaido, paling dekat boleh la datang ke sini.

Info lanjut layari Japan Guide Mount Moiwa Sapporo

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.