Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mount Sorak yang sangat CANTIK

Holla…
Pengalaman kat Mount Soerak @ Mount Sorak yang aku takkan lupa sampai bila2. Sangat cantik walaupun masa ni sudah memasuki musim Spring.
Aku pun tak tau mana satu betul ejaan Mount Sorak ni, pasal ada kat banner tulis Mount Soerak, ada tulis Mount Sorak. Paling pemalas dia tulis Mt Sorak jer… So, untuk memudahkan keja aku menulis, aku tulis Mt Sorak jer la… kan?

Ni semua adalah kawan2 yang sama grup dengan aku masa trip ke Korea ni. Smua kawan2 dari bangsa Cina. Tapi diorang smua best. Tambah2 Uncle Tommy dan adik beradik Boon yang 3 orang tu. Slalu explain kat kami kalau ada apa2 important announcement dari Milan, our tour guide operator.
Ni masa bergambar kat Tugu Taman Negara Seoraksan


Ini puak gambar-gambar masa kami kat atas puncak Mt Sorak. Kena beli sendiri tiket naik ke atas dengan kereta kabel, 8,000 Won setiap sorang.
Dan buat pertama kali seumur hidup aku dan wife, dapat pegang SALJI yang original, walaupun dah tahap salji yang dah nak cair. Masa kat puncak Mt Sorak, banyak lagi kawasan yang penuh dengan salji. Rasa macam nak makan jer buat cam Ais Kepal. Tapi sure tak sedap pasal tak der air sirap, kacang, jagung dan susu. Next time aku dtg sini aku bawak semua tu.
Tapi yang sedihnya tak leh nak lepak lama sangat pasal masa terhad. Lepas Mt Sorak, kami nak ke Fish Market dan Light House kemudian akan check in di Kengsinton Flora Hotel. Masa ini, kami akan menuju balik ke Suwon (ke Everland) dan terus ke Seoul (Dongdaemun dan Namdaemun).
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.