Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Teroka Mount Usuzan Ropeway Hokkaido Musim Salji

Sejauh 100 km dari bandar Sapporo, ada banyak lokasi menarik untuk korang bermain salji di Hokkaido. Lokasi sekitar Lake Toya antara pilihan ramai pelancong kerana saljinya yang halus dan paling berkualiti. Saya bertuah kerana dapat Pengalaman Teroka Mount Usuzan Ropeway Hokkaido Musim Salji. Ia bagaikan satu mimpi.

Dari hotel penginapan kami, The Lake View Toya Nonokaze Resort, kami bergerak ke Gunung Usuzan atau dikenali dengan nama Mount Usuzan, salah satu pusat peranginan terbaik di sekitar Date. Dari hotel ke sini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja.

Mount Usuzan Ropeway Hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

Sebelum ni MrJocko pernah kongsi tentang Mount Usuzan di entry ini Percutian Musim Sejuk Ke Hokkaido Hari Kedua

Harga tiket untuk menaiki Mount Usuzan Ropeway Hokkaido ini bermula dari JPY1600 (MYR56) untuk dewasa dan JPY800 (MYR28)untuk kanak-kanak. Ia mula dibuka dari jam 8.15am sehingga waktu last ropeway 5.45pm. Kalau ada hal kecemasan waktu ini akan berubah mengikut keadaan.

Apa yang ada di atas puncak Mount Usuzan?
Kalau nak tahu, di atas puncak ini ada kawah gunung berapi yang masih aktif. Pun begitu, ia adalah lokasi yang selamat untuk dikunjungi oleh orang awam.

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

Gunung Berapi Usuzan ini mengikut sejarah pernah meletus pada tahun 1910, 1943-1945, 1977-1978 dan terbaru tahun 2000.

Tapi sebagai pelancong, jangan risau. Ia kawasan selamat untuk dilawati. Jika tidak selamat pihak berkaitan akan menutup kawasan ini kepada orang awam.

Di bangunan utama di bawah, Mount Usuzan Ropeway ada baberapa kedai untuk korang membeli barangan cenderahati, kedai makan dan beberapa kedai lain. Untuk informasi, setakat ini belum ada menu makanan halal di sini. jadi untuk pelancong Muslim, mungkin boleh cari alternatif lain jika merancang untuk makan di sini.

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

Untuk ke sini, dengan menaiki Ropeway (kereta kabel) ia memerlukan sekitar 10 minit untuk naik ke puncak. Ropeway ini pula akan bergerak setiap 15 minit. jadi, jangan risau kalau anda terlepas kereta kabel, sebab masa menunggu tak lama.

Dari stesen kereta kabel, anda kena jalan kaki menuju ke puncak. Hanya sekitar 5 minit, akan sampai di puncak Mount Usuzan Ropeway Observation Deck, yang mana boleh lihat sendiri keindahan alam semulajadi di Hokkaido ini.

Masa yang disyorkan untuk berada di sini sekitar 3o minit hingga 1 jam, melainkan anda datang ke sini waktu musim salji. Sebab, pasti ramai yang leka bermain gelongsor salji di kawasan yang disediakan.

mount usuzan ropeway hokkaido

mount usuzan ropeway hokkaido

Info lanjut tentang Mount Usuzan Ropeway Hokkaido, boleh layari laman web rasmi mereka di sini Mount Usuzan Ropeway

Waktu paling best ke sini, sudah pasti musim Salji. Sebab kiri dan kanan sekeliling penuh dengan warna putih salji. Memang awesome, di tambah dengan pemandangan sekeliling yang menampakkan beberapa kawasan termasik Lake Toya dan juga Uchiura Bay.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.