Site icon Travel Blogger Malaysia

MrJocko Kini Bersama Kelajuan Data Internet YES 4G

Lama jugak MrJocko survey nak cari tambahan servis Broadband yang sesuai untuk kegunaan MrJocko dan family selain menggunakan broadband yang sedia ada sekarang. Dah lama survey produk lain dari Celcom, Maxis, U Mobile dan last sekali, menjadi pilihan MrJocko ialah YES 4G. Laju tak Data Internet YES 4G?

 

Kenapa YES 4G? Ada beberapa sebab kenapa MrJocko pilih YES 4G sebagai Broadband tambahan buat kegunaan MrJocko satu keluarga. Sebab utama kerana ramai kawan-kawan MrJocko memberikan feedback yang bagus tentang produk Mobile Internet 4G ini.

 

Sebab kedua, ia mempunyai Huddle yang membolehkan MrJocko mengakses internet dengan menggunakan maksima 5 alat peranti. Banyak tu. MrJocko boleh pakai, Mem Besar boleh guna, My kids boleh dan adik-adik MrJocko pun buleh guna selagi tak lebih dari 5 devices.

 

Sebab lain, ia merupakan antara talian broadband terpantas dengan suara dengan harga yang masih dalam lingkungan mampu bayar.

 

Data Internet YES 4G

Kebetulan tadi, MrJocko singgah di Capsquare Building dan kat sana memang banyak kedai-kedai IT dan Gadget. Dah ternampak kiosk YES 4G, apa lagi, terus register.

 

Setakat ini, pakej RM48 sebulan menjadi pilihan dengan 1.5GB dengan kelajuan sehingga 10x kelajuan 3G. Untuk pakej ini, MrJocko bayar RM150 untuk pendaftaran serta bayaran pendahuluan. Huddle diberikan secara PERCUMA.

 

Tak sampai 15 minit selepas registration, MrJocko sudah punyai akses untuk YES 4G. Harap servis dan produk Yes 4G ini tidak mengecewakan MrJocko.

 

Glamorous MrJocko

Exit mobile version