Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MrJocko Nak Beli LG Cinema 3D Smart TV

LG Cinema 3D Smart TV

Hari tu dah tersebut, MrJocko Nak Beli LG Cinema 3D Smart TV. Minat sangat. Sejak dari zaman aku kanak-kanak, Ayah aku memang sudah biasakan aku dengan TV. Awal tahun 1980an, aku belum bersekolah, masa tu kami sudah ada Peti Televisyen bersaiz 14 inci, Hitam Putih dan berpandukan butang ‘Pusingan’ untuk menukar saluran TV. Paling aku bangga, dalam kampung aku, rumah aku lah yang mula-mula ada Peti TV, mengalahkan rumah Ketua Kampung yang kaya itu. 🙂

LG Cinema 3D Smart TV

Dan korang percaya tak, masa tu, kampung aku masih belum ada kemudahan ‘Elektrik’. Jadi, apa yang membolehkan TV aku tu berfungsi kalau tak ada Letrik??? Pakai kuasa empangan kah? Kayuhan basikal kah?

 

Tidak. Kami cuma pakai Bateri Kereta. Yes, masa tu, ayah aku pakai Bateri Kereta sahaja untuk hidupkan TV kat rumah. Sambungkan kabel Merah dan Hitam, makan akan ‘hidup’ la TV kami. Kebaisaan bateri itu akan tahan selama 2 minggu kalau selalu menonton. Habis sahaja, ayah aku akan bawak ke kedai Apek di pekan Selising untuk di ‘Charge’ kan. Harga masa tu sekitar RM1. Murah kan.

 

Masa tu pun cuma ada saluran TV1 dan TV2 jer pun. Jadi, itulah hiburan kami sekeluarga, dan kadang-kadang kalau ada cerita menarik, saudara mara dan sekampung datang singgah minum kopi malam-malam selepas Isya’ di rumah aku. Thats why la rumah kami ‘famous’ masa dulu dulu.

 

Itu dulu, sekarang teknologi untuk TV dan berubah. Dari saiz 14 inci, kemudian 21 inci dan berwarna, sekarang ada yang bersaiz 55 inci dan 70 inci. Sangat besar. Kategori pula dari TV biasa, menjadi Plasma, Kemudian LCD, LCD Plasma, LED dan sekarang berteknologi LCD 3D. 

 

Sebelum ni aku pernah tulis impian nak memiliki TV LCD versi 3D ni kat sini.  Kenapa nak TV 3D? Of coz la kalau korang menonton 3D ni kepuasan yang tidak terkata. Sangat-sangat best. Kalau tidak, masakan bayaran untuk menonton Filem 3D di pawagam berharga sekitar RM30, berbanding RM10 kalau menonton filem bukan 3D, kan???

Kesan gambar, kualiti gambar dan lapisan gambar yang terhasil seperti ia berlaku di depan mata. Sangat hebat ooo,,, rasa macam REAL…

 

LG Cinema 3D Smart TV

 

Setakat ni, kami di rumah cuma ada 32 inci LED TV dan juga 42 inci LCD Plasma. Teringin gak nak pakai LCD 3D Smart TV ni. Aku semestinya memang suka tengok TV, Movies dan juga sports. Anak-anak aku, Hasya ni, memang kaki TV. Pantang free, tak da kerja sekolah, mula la nak tengok kartun, nak tengok Smurfs. So, kalau dapat tengok Smurfs dalam gambaran 3D, Wowww,,, best ooo,,,,

LG Cinema 3D Smart TV
LG Cinema 3D Smart TV
LG Cinema 3D Smart TV
Kualiti 3D Smart Tv ni memang di pertingkatkan. Semestinya ciri-ciri terbaik di masukkan ke dalam teknologi LD 3D Smart TV ni untuk kepuasan pengguna. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai. Tak rugi korang beli benda yang berkualiti kerana hasilnya sebenarnya “TIDAK TERNILAI”.

Kalau korang nak tahu pasal LG Cinema 3D Smart TV ni, korang boleh layari PRODUK LG. Banyak produk LCD jenama LG terbaik ada di sini.

 

Kalau dah ada LG Cinema 3D Smart TV, semestinya kena lengkap dengan LG Blu Ray Player dan LG Audio System yang akan memberikan kepuasan maksima ada menonton apabila berada di rumah. Bayangkan korang menonton filem Transformers 3D menggunakan Blu Ray terbaik dari LG dan juga lengkap dengan sistem bunyi Audio dari LG. Depan belakang juga bunyi kesan khas kiri dan kanan, memang superb,,, Harap-harap tahun ni ada durian runtuh, aku nak beli satu set audio sistem LG ni.

 

LG Cinema 3D Smart TV
LG Cinema 3D Smart TV

 

 

Harapan aku semoga satu hari nanti LG akan keluarkan keluaran LCD Cinema 3D Smart TV yang bercirikan seperti Screen Smartphone LG Optimus 3D seperti review aku yang lepas. Kan best kalau kita satu keluarga, duduk rumah layan Movies, Konsert, Show atau Kartun yang berkonsepkan 3D dan kita tidak payah memakai Cermin Mata 3D ??? Harap-harap LG menjadi pencetus dalam teknologi 3D tanpa Cermin Mata 3D ini 🙂

 

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.