Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MrJocko Sudah Tengok Upin Ipin The Musical 2012

Ahad malam, aku booked tiket Upin Ipin The Musical 2012 di Istana Budaya. Show start kul 8.30 mlm. Oleh kerana dekat jer ngan rumah, kami gerak ke sana selepas Maghrib. 

Kami sampai jam 8.15 mlm, lepas parking betul-betul depan pintu depan Istana Budaya. Perghhh, rasa cam VVIP lak. Park depan tu terus jer masuk ke dalam Istana Budaya. Tak yah nak jalan jauh. 
Masuk dalam, yang paling excited, my kids, Khalisha dan Hasya. Teruja tengok sana-sini ada gambar, banner, wall pictures Upin dan Ipin serta watak-watak kartun yang lain. Tak senang duduk diorang nak tengok mana satu. Banyak sangat Upin dan Ipin.
Aku sampai, ambik tiket dulu di Ticket2u.biz kaunter. Maklum la aku beli online, so kena ambik tiket dulu sebelum masuk. Sib baik orang tak ramai, so tak payah nak Que panjang. Serah no reference, terus dapat 4 tikets. Tak sabar ooo…

Dah ready semua, kami masuk ke panggung Istana Budaya. Dalam nya tak boleh ambik gambar. Aku pun kena tegur pasal tak pakai baju berkolar. Nasib baik lepas masuk ke dalam atas budi bicara pegawai yang jaga pintu masuk. Oh! tak sangka aku, nak tengok cerita kartun pun kena pakai baju berkolar rupernya…
Kenapa nak kena pakai berkolar, pasal Istana Budaya nak kekalkan standard dan prestij setaraf dengan level panggung atau status Istana Budaya agaknya… Ooo, nak jaga status yer,,, nanti entry pagi esok aku komen, kenapa Istana Budaya belum capai status International pada pandangan aku.
Show start jam 8.30 mlm, tetapi iklan dulu sehingga lah jam 9.00 mlm baru cerita Upin dan Ipin ni bermula. Untuk episod cerita Upin dan Ipin The Musical 2012, nanti aku bagi pandangan aku esok pagi yer…
Overall show abis jam 11.00 malam selepas layan ambik gambar dan sessi autograf bersama pelakon. Pastu bila selesai kami balik rumah terus. My kids memang suka. Puas hati la kalau budak-budak. Aku, sebagai orang dewasa, aku tak puas hati. Pun aku akan share esok pagi 🙂

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.