Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mudah Order Online Dan Food Delivery Di Brolly Kuala Lumpur

Semenjak dua menjak ni, KL kadang-kadang hujan dengan lebat. Kena pulak hari Jumaat, selalunya waktu petang, jalan sesak semacam. Semalam Wife MrJocko puasa, jadi nak mudah untuk berbuka puasa, kami decided untuk membeli makanan online dan suruh mereka hantar. Kali ni, kami cuba servis food delivery dai Restoran Brolly Menara Felda. Untuk restoran Brolly, anda boleh layari laman web www.my-brolly.com

MrJocko mula buat tempahan pada jam 4.30pm. Perkara pertama sebaiknya ialah mendaftar nama untuk memudahkan urusan maklumat pelanggan dan tempahan akan datang.

Baca : Makan Seafood Premium di Restoran Brolly Kuala Lumpur

 


Mudah Order Online Dan Food Delivery Di Brolly Kuala Lumpur

seafood-brolly-01
 

Camana nak order online dan servis delivery Brolly Menara Felda?

Bila sudah daftar, anda boleh pilih menu utama yang mereka sediakan. Menu menu ini adalah pilihan dari menu seafood yang menjadi trademark mereka dan juga menu sampingan lain yang tak kurang hebat.

Pertama MrJocko memilih menu ‘Malaysia’s Best Seafood Boil Bag’ yang memang terkenal. Set ini selalunya khas untuk mereka yang sukakan menu seafood cara boil bag. MrJocko pilih Japanese Hamaguri Clams dan tambahan kuah Sweet & Sour.

Untuk menu utama MrJocko ambik Ketam Nipah yang besar. Yum Yum,,, pasti sedap ni. Tidak lupa pilihan sampingan Sup Daging yang sedap, Sotong Goreng, Ayam Goreng Rangup dan beberapa ketul jagung.

 

menu brolly boil bag

brolly+food+delivery

 

brolly+food+delivery brolly+food+delivery

 

Food Delivery Di Brolly

Selesai membuat pilihan, masa untuk bayar. Paling mudah kerana anda boleh memilih untuk membayar bil ini dengan menggunakan akaun Paypal atau Credit Card/Debit Card. Ikut arahan yang diberikan dan tak sampai 5 minit, ia selesai. Anda akan dapat notifikasi dengan cepat seperti ini.

Ia tertulis jelas apa yang anda tempah dan harga sekali untuk memudahkan anda membuat semakan. Harga yang tertera adalah termasuk GST dan Penghantaran sekali, Jika anda buat pembelian RM300 ke atas, anda akan mendapat rebat Penghantaran PERCUMA. Wow!!!

 

brolly+food+delivery

 

Brolly Food Delivery

 

MrJocko mintak mereka hantar sekitar jam 6.30 – 7.30 petang. Dalam jam 7.00 petang, Despatch yang hantar makanan sudah sampai di pintu rumah. Sangat efisen dan boleh diharapkan. Servis penghantaran makanan Brolly, Crabhut Asia dan Crab Factory ini memang terbaik la…

Dah sampai, apa lagi. Bismillah dan kami makan sepuasnya. Alhamdulillah.

Untuk tempoh terhad sehingga 30 Jun 2016, anda boleh dapatkan diskaun RM100 bagi setiap tempahan melebihi RM300. Mudah sahaja, caranya :

  1. Tempah online pembelian di Brolly Online,
  2. Letak Coupon Code : JOCKO di ruang yang disediakan. Tekan Apply Code
  3. Proceed to Checkout. Akan dapat DISKAUN RM100
  4. Bayar
  5. Makan

Terhad kepada 50 pembelian Online sahaja dan sehingga tempoh 30 Jun 2016. Cepat yer!!!

 

Brolly Food Delivery

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.