Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mudahnya Mencari Kerja Dan Rezeki

Rata-rata kalau ditanya kepada graduan universiti atau lepasan kolej, ramai yang memberikan jawapan susah untuk mendapatkan peluang pekerjaan sekarang. Kalau ada sekalipun, imbuhan yang diterima tidak setimpal dengan kelulusan yang ada. Memang betul, tangga gaji atau upah sejak kebelakangan ini tidak begitu bagus dan ramai graduan yang sanggup menunggu untuk mendapatkan kerja idaman mereka dan melepaskan tawaran yang sedia ada.

Tetapi, kenapa kita sanggup melepaskan PELUANG yang sudah terhidang? Apa salahnya kalau kita mencubanya dahulu, rugi kah kalau mencuba???

Mungkin kerana kita terdidik dengan pandangan bahawa kerja makan gaji lebih selamat, lebih bagus dan lebih terjamin bagi seorang graduan baru. Sejauh mana betul kenyataan ini??? Percaya kah anda kalau diberitahu bahawa di Malaysia sebenarnya mempunyai banyak peluang pekerjaan yang mudah dan senang untuk kita ceburi. Sesetangah peluang yang ada, memberikan pulangan sehingga lima angka setiap bulan. Of course ini bukan skim cepat kaya atau cara menipu dan menyalahi undang-undang.
Sejak menamatkan sessi pembelajaran di sebuah Universiti di Kelantan tahun 1999, MrJocko mula melangkah ke alam pekerjaan bermula dengan meniaga dikaki lima, pembantu jurujual di supermarket, kerani di pejabat peguam dan akhirnya eksekutif di sebuah Bank Pusat. Jarak pengalaman kerja sehingga hari ini, sejak meninggalkan zaman universiti sudah pun memasuki tahun ke-13, begitu cepat masa berlalu.
Dan, selepas 12 tahun bersama sebuah syarikat yang besar, keinginan dan kepuasan kerja untuk diri sendiri masih belum puas, terpaksa juga meninggalkan kerja yang sedia ada dan beralih kepada kerja sendiri, kerja sebagai Perunding Kewangan. 
Jadi apa sebenarnya yang kita cari dalam kerja. Gaji yang berpuluh ribu? Lima angka? Kerja mudah dan senang? Kerja yang fleksibiliti dan keseimbangan kerja dan hidup???
Bagi MrJocko, untuk tempoh sekarang, mencari kerja yang fleksibiliti, mudah dan boleh seimbangkan kerja, keluarga dan famili sendiri. Namun dalam masa yang sama, MrJocko boleh mendapatkan imbuhan dalam bentuk gaji dan rezeki yang lebih bagus dari gaji sebelumnya. Bagaimana caranya???
Itu la, sebenarnya, mudahnya cara untuk mencari rezeki hidup seharian. Syarat pertama yang harus dipatuhi, perlu ada usaha. InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.