Mudahnya Menjemput Rezeki Bersama Nuffnang
|
Pernah baca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ hasil penulisan Saudara Fathuri Salehuddin? Kalau belum, MrJocko syorkan anda baca. Banyak input berguna untuk kita semua sebagai manusia dan sebagai hamba Allah. Kalau kena cara yang betul dan berkat, sebenarnya Mudahnya Menjemput Rezeki.
Nak cari rezeki, ada pelbagai cara, tak kira samada anda kerja dengan kerajaan atau anda kerja swasta. Samada anda makan gaji atau bekerja sendiri, ia semua usaha anda untuk mencari rezeki. Pelbagaikan cara anda mencari rezeki sehingga ia bersesuaian dengan cara dan minat anda. Halal sudah semestinya.
Kalau kerja sebagai Blogger, tambah-tambah seperti Blogger di bawah naungan Nuffnang, mesti akan tersenyum pada awal bulan kerana semua payment untuk jobs advertorial, CPUV dan kempen lain akan dibayar dalam bentuk cek seawal minggu pertama setiap bulan.
Banyak atau sikit, bukan isunya. Yang penting, kalau nak dapat income atau jana wang dari blog, kena la rajin dan majukan diri sebagai seorang blogger. Yang mana dah dapat payment besar seperti Shakiddo, Anarm dan Hazman Fadzil, jom la belanja MrJocko makan Durian 🙂