Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mudahnya Teknik Pelaburan Tanpa Modal

Sepanjang MrJocko melibatkan diri dalam bidang perniagaan, hampir 20 tahun, banyak cara dan teknik perniagaan yang MrJocko lihat. Tak kira samada di negeri kelahiran, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, hampir kesemuanya mempunyai teknik perniagaan yang hampir sama.
 
Sudah tentunya kalau mahu menjalankan perniagaan atau pelaburan, Modal adalah asas utama. Jadi, apabila terdapat pandangan yang mengatakan ‘Boleh Melabur Tanpa Modal’, ia memberi satu pandangan yang begitu kreatif, macamana seseorang itu boleh membuat pelaburan tanpa menggunakan modal?
 
Setakat hari ini, MrJocko belum pernah membaca, mendengar atau mendapat maklumat secara jelas, bagaimana konsep melabur tanpa modal seperti yang di war-warkan sesetengah pihak di internet atau kursus-kursus tertentu.
 
Mana mungkin boleh melabur tanpa menggunakan modal? Harap ini bukan sesuatu pandangan negatif kerana, bagi MrJocko, sesuatu kenyataan haruslah bersifat realistik, dan bukan mengambil contoh satu atau dua kes terpencil sahaja.
 
Jika modal duit semata dijadikan ukurun, seharusnya penulis atau pengamal ilmu ‘melabur tanpa modal’ harus memberi penekanan terhadap modal masa, modal tenaga dan juga latar belakang orang yang melabur tanpa modal tersebut.
 
Pernah ada seorang bekas Pilot berkata, Melabur Tidak Memerlukan modal. Mungkin YA bagi beliau, kerana beliau seorang pilot yang semestinya mempunyai gaji yang besar sebelumnya, network yang banyak serta pengetahuan yang luas. Bagaimana dengan orang kampung yang hidup dalam kemiskinan???
 
Bukan nak kondem, tetapi jika benar konsep melabur tanpa modal ini betul-betul wujud, pasti di dunia ini tidak akan ada orang yang miskin. Mungkin MrJocko belum faham konsep sebenar Melabur Tanpa Modal, tetapi setakat hari ini, MrJocko tetap dengan kenyataan, sebenarnya Tiada Konsep Melabur Tanpa Modal.
 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.