MUHIBBAH Seafood TTDI
|Hari minggu tiba lagi. Kali ni kebetulan lalu depan Restoran Muhibbah Seafood TTDI, masa dalam perjalanan balik dari rumah Kak Ida.
Ceritanya bermula selepas semua keja minggu ni beres. Setel semua makan kami pun bergegas cari tempat makan tengahari. Lapar la katakan. Selalunya kami asyik mencuba menu yang sama jer, kali ni nak try la tempat baru.
Lepas umah Kak Ida, selepas pegi ke Klinik, kebetulan ntah camana aku tersesat masuk dlm TTDI sana. Lalu punya lalu, tersinggah la ke Restoran Muhibbah Seafood ni. Dari luar rupa ala2 Restoran yang ada kat area Bandung atau Jakarta. Dekorasi nya pun lebih kurang. Banyak pengaruh Jawa. Siap waiter dan waitress pakai kain batik ala2 Jawa.
Kiri kanan aku tengok macam ramai juga makan sini. Tambah di dinding ader logo HALAL lagi, jadi, apalagi, boleh kami cuba masakan restoran Muhibbah TTDI ni.
Berminat untuk mencari di mana Restoran Muhibbah TTDI, boleh cari lot 50, 52 dan 54 Jalan Rahim Kajai 4, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
muhibbah seafood ni mmg best food dia…dah lama tak gi makan. nak pegi jugak la nanti…terliur dah ni!